Pages

Saturday, January 3, 2015

Berpesta tangkap ikan mabuk

Yunus, Minal dan Irfan bersama ikan yang berjaya ditangkap mereka
Yunus, Minal dan Irfan bersama ikan yang berjaya ditangkap mereka di Sungai Kalimas, Surabaya baru-baru ini.
SURABAYA, Jawa Timur  - Kejadian ikan mabuk kembali berulang di sepanjang Sungai Kalimas, Rabu lalu sekali gus mengundang perhatian penduduk kampung yang berpusu-pusu untuk mendapatkan ikan 'percuma' itu.
Aktiviti menangkap ikan itu ibarat ‘pesta’ buat penduduk yang tinggal berhampiran sungai tersebut selepas ratusan ikan timbul akibat mabuk.
Antara penduduk yang tidak melepaskan peluang menangkap ikan adalah Yunus, 25, Minal, 24, dan Irfan, 24.
Hanya berbekalkan jala, mereka dengan mudah menangkap beratus-ratus ekor ikan.
“Lumayan, buat makan. Percuma lagi. Buat keperluan harian,” kata Minal kepada news.detik.com.
Difahamkan, ikan-ikan itu mula timbul di Sungai Kalimas kira-kira pukul 6.00 pagi waktu tempatan dipercayai berpunca daripada sisa buangan tercemar dari kawasan kilang yang terdapat di sepanjang Surabaya dan Kali Brantas.
Pelbagai jenis ikan yang diperolehi tiga rakan itu antaranya ikan tawes, mujair, dan ikan emas.
Selain Yunus, Minal, dan Irfan, tiga kanak-kanak iaitu Ilham, 9, Samudra, 8, dan Sinchan, 10, juga tidak melepaskan peluang untuk menangkap ikan itu dari rumah mereka yang terletak di belakang Hotel Novotel Surabaya.
Menariknya, mereka tidak menggunakan sebarang peralatan, tetapi hanya menangkap ikan sambil berenang sebelum disimpan ke dalam beg plastik.
“Sambil mengisi masa cuti sekolah, amat seronok menangkap ikan apatah lagi hanya menggunakan tangan sahaja,’’ kata Ilham.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/berpesta-tangkap-ikan-mabuk-1.43763#sthash.i1HUM5Sn.dpuf

Objek bukan UFO

CIA akui benda terbang sebenarnya pesawat perisik

Pesawat U-2 yang digunakan oleh CIA sebagai tujuan perisikan disangka
Pesawat U-2 yang digunakan oleh CIA sebagai tujuan perisikan disangka sebagai UFO kerana kemampuannya terbang melebihi 18,000 meter di udara. – AGENSI
NEW YORK 2 Jan.  - Misteri penglihatan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilaporkan pada tahun 1950-an dan 1960-an akhirnya terungkai apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengakui bahawa sebahagian aktiviti luar biasa di udara itu adalah penerbangan pesawat perisik.
CIA melalui dokumen yang didedahkan kepada umum menjelaskan, penampakan UFO yang dilaporkan kira-kira 60 tahun lalu sebenarnya merupakan pesawat perisikan U-2 yang diuji pada ketinggian 18,288 meter di udara, satu ketinggian yang dianggap mustahil untuk penerbangan.
Portal berita UPI yang memetik dokumen yang disiarkan CIA turut menambah, pada pertengahan tahun 1950-an, kebanyakan pesawat komersial hanya terbang pada ketinggian antara 3,048 meter dan 6,096 meter, manakala pesawat tentera pula mencapai altitud di bawah 12,192 meter.
Jelas laporan itu, disebabkan pesawat U-2 terbang pada ke­tinggian melebihi 18,288 meter, pusat kawalan trafik udara sering menerima laporan tentang penampakan UFO.
“CIA menyedari laporan pe­nampakan UFO berlaku pada masa dan tempat yang sama ketika penerbangan pesawat U-2, tetapi mereka merahsiakan perkara itu dan membiar­kan orang ramai berfikir objek yang dikesan itu adalah makhluk asing, bukannya pesawat perisik.
“Kejadian itu adalah kerja kami,” lapor UPI yang memetik dokumen CIA selepas agensi tersebut menyiarkan beberapa pautan tentang senarai 10 dokumen terbaik 2014 yang paling banyak dibaca.
Kini pesawat U-2 digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat dan sebanyak 104 buah pesawat itu telah dibina secara keseluruh­annya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/objek-bukan-ufo-1.43815#sthash.140g8t2I.dpuf

Tandas terbuka di Gold Coast memalukan

Tandas terbuka di Gold Coast, Queensland di Australia dikritik
Tandas terbuka di Gold Coast, Queensland di Australia dikritik penduduk sebagai buruk dan memalukan.
SYDNEY 2 Jan. – Perkhidmatan tandas terbuka yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Gold Coast dikritik oleh penduduk tempatan sebagai memalukan.
Laman web Oddity Central melaporkan, majlis perbandaran tersebut menyediakan tandas mudah alih itu ekoran lelaki-lelaki mabuk sering membuang air kecil di me­rata-rata tempat terutama di premis perniagaan dan lorong-lorong kecil sehingga menimbulkan suasana tidak menyenangkan di kawasan peranginan berkenaan.
Menurut ahli majlis perban­daran, Lex Bell, tandas itu merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil di lokasi awam di Cavill Mall dan Orchid Avenue di Suerfer’s Paradise, tenggara Queensland.
“Pihak berkuasa tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menangkap mereka yang membuang air kecil di merata-rata tempat, selain tidak mempu­nyai bidang kuasa untuk menahan mereka,’’ katanya.
Justeru, pada 19 Disember lalu, majlis perbandaran berkenaan membina dua blok tandas yang direka untuk digunakan oleh tiga lelaki pada satu-satu masa.
Sejak itu, majlis perbandaran menerima pelbagai kritikan daripada penduduk tempatan Gold Coast.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tandas-terbuka-di-gold-coast-memalukan-1.43813#sthash.9UyBpRMG.dpuf

Gurau bawa padah

Beijing: Seorang wanita mencetuskan kemarahan selepas dia memuat naik gambar di Internet yang menunjukkan dia membawa bayinya berusia sembilan bulan di dalam beg tangannya.mmmmmmmmmmm
Xue Hsueh, 26, memasukkan anaknya itu di dalam beg berjenamanya sementara berbual dengan beberapa rakan.
Seorang rakannya merakam gambar itu.
Kerana sukakannya, dia memuat naik gambar itu di laman sembang Internet.
Tindakannya itu membawa padah apabila ramai yang mengecamnya dan membandingkan tindakan itu dengan wanita yang gemar membawa anjing atau kucing dalam beg berjenama mereka untuk meniru gaya Paris Hilton.
Seorang pengguna Twitter WuLei34 menulis: “Bayi berjenama, aksesori terbaru yang perlu dimiliki wanita.”
Seorang lagi. LucyX menambah: "Saya tidak pasti apa yang dilakukan wanita itu jika tali beg putus?"
Xue bagaimanapun membela dirinya dengan berkata, bayinya dimasukkan ke dalam beg itu untuk seketika saja.
Dia sebenarnya mahu berjenaka mengenai penjagaan kanak-kanak jika bayi sekecil itu ditinggalkan kepada lelaki. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:04 AM




XUE membawa anaknya di dalam beg tangannya.
- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/21140#sthash.CpcLj34U.dpuf

Jurugambar tempah maut rakam aksi buaya ganas



NYGRE berada di hadapan muncung seekor buaya untuk mendapatkan sudut rakaman yang menarik membuat rakaman di sebuah pantai di Quintana Roo, Mexico.- YOUTUBE


MEXICO – Seorang jurugambar yang juga bekas tentera Amerika Syarikat sanggup menanggung risiko semata-mata mahu merakam aksi buaya liar secara dekat di pantai Mexico.
Jurugambar itu, John Nygre yang memuat naik video di laman perkongsian video YouTube kelihatan langsung tidak berasa takut ketika merakamkan gambar dia berenang dalam jarak yang dekat dengan buaya.
Video itu antara lain memaparkan pergerakan buaya yang kadangkala mengangakan mulut serta melibaskan ekor ketika dihampiri Nygre.
Videonya yang bertajuk ‘My, what big teeth you have’ itu mendapat perhatian ramai penonton yang menganggap aksi tersebut sangat mengujakan.
Menurut salah sebuah stesen televisyen, WITI-TV gambar itu dirakam di sebuah pantai di Quintana Roo, Mexico. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Ni0W6efE 
Hakcipta terpelihara 

Friday, January 2, 2015

Lambakan kereta klasik di Cuba

MODEL Dodge tahun 1949 turut dijadikan teksi di Cuba.


SELAMA hampir tujuh tahun Luis Abel Bango mencari kereta idaman, Chevy Bel Air 1957.
Namun, kesabaran itu berbaloi apabila dia akhirnya berjaya memiliki kereta tersebut.
Abel Bango membeli kereta itu daripada seorang pemilik asal pada harga AS$7,000 (RM24,472) di sebuah kawasan pedalaman di Cuba tahun ini.
“Saya mencari di beberapa lokasi lain sehingga merentasi daerah di tengah Cuba. Pencarian itu berakhir apabila berjaya membeli kereta tersebut di sebuah lokasi yang terletak di hujung pulau,” ujarnya.
Kereta berwarna hitam dan putih itu masih mengekalkan reka bentuk asal oleh pemiliknya.
Kereta tersebut masih dilengkapi dengan perkakasan asal termasuk perhiasan hud ala sebuah roket yang menjadi signatur dan kegilaan penggemar kereta Chevy tahun 1957 itu.
“Keseluruhan pakej kereta ini hampir sempurna,” ujar Abel Bango. Bagaimanapun, dia perlu membuat pemeriksaan terperinci dan akan mengecat dengan warna baharu.
Sebanyak 60,000 unit kereta antik terdapat di Cuba sejak tahun 1959 iaitu sebelum revolusi yang diketuai oleh Fidel Castro. Namun, mencari pemilik asal kereta itu merupakan suatu cabaran yang sukar.
Di sebalik kebanjiran kereta antik itu, banyak yang telah diubah suai dengan menggantikan bahagian asal kereta.
Diplomatik
Pada minggu lalu, Cuba dan Amerika Syarikat (AS) kembali menjalin hubungan diplomatik selepas terputus hubungan sejak tahun 1959 akibat revolusi Castro.
Menerusi hubungan dua hala itu, Presiden AS, Barack Obama merancang untuk menghapuskan sekatan ekonomi di kepulauan yang mengamalkan ideologi Komunis tersebut. Akibat sekatan ekonomi tersebut, kebanyakan penduduk Cuba masih menggunakan kereta antik dengan hanya menggantikan bahagian-bahagian tertentu.
Namun, pengumpul kereta klasik AS yang berhajat untuk membeli kereta di Cuba perlu berdepan dengan beberapa undang-undang. Antaranya peraturan tahun 2010 yang melarang mana-mana kereta dibawa keluar dari negara itu.
Kebanyakan kereta klasik di Cuba mengalami kesukaran untuk dikekalkan. Keadaan jalan raya dan kos pembaikan yang tinggi menyebabkan pemilik mengalami kesukaran untuk mengekalkan bahagian asal kereta tersebut.
Bumbung kereta terpaksa ditukar kepada material plastik dan banyak enjin asal ditukar kepada enjin diesel yang jauh lebih murah.
“Apa yang dilihat pada kebanyakan kereta klasik yang ada hanya struktur luar yang nampak asli tetapi bahagian dalam telah ditukar dengan komponen murah,” ujar hos program televisyen Vintage Vehicles, Lance Lambert.
Seorang mekanik Cuba, Alejando Torres membeli Chevy 1957 daripada pemilik asal kira-kira 10 tahun lepas.
Namun, dia terpaksa menukar enjin kereta itu kepada jenis Mitsubishi yang menggunakan bahan bakar diesel kerana bahagian dalaman yang asal terlalu mahal untuk digunakan.
Torres memberitahu, dia membelanjakan hampir AS$50,000 (RM174,805) untuk mengubah suai walaupun harga pasaran bagi kereta klasik di AS dengan kondisi baik hanya kira-kira AS$28,100 (RM98,240)
“Mungkin saya akan menjualnya untuk membeli kereta diesel yang lebih moden dan baharu,” ujarnya.
Berdasarkan sistem satu parti di Cuba, pengeluaran kereta baharu dikawal ketat dan harga bagi sebuah kereta jenis sedan adalah antara AS$200,000 (RM699,223). Hampir sedekad, hanya kereta sebelum revolusi mampu dibeli dan dijual dengan murah.
Awal tahun 1950-an, kereta Chevy antara yang menjadi pilihan pengguna termasuk jenis Fords, Buicks, DeSotos, Plymouths dan Oldsmobiles. Selain itu, kereta popular tahun 40-an hingga 50-an, Cadillac juga boleh dilihat di atas jalan raya.

KEBANYAKAN kereta klasik di Cuba telah diubah suai dengan kos penyelenggaraan yang tinggi.


Digodam
“Ramai orang Amerika memasang impian untuk mencari kereta klasik di Cuba. Kereta yang anda lihat di televisyen memang cantik tetapi telah digodam. Anda akan menemui kualiti yang lebih baik di sini,” ujar Pengerusi pameran kereta Amelia Island Concours d’Elegance, Bill Warner.
Penghapusan sekatan AS membolehkan pemilik kereta klasik Cuba membeli komponen-komponen kereta dari negara itu.
Kebanyakan kereta adalah lebih jimat jika berada di Cuba berbanding dibawa masuk ke AS. Bukan sahaja sebahagian bahagian dalaman kereta itu perlu ditukar tetapi kos penyelenggaraan yang tinggi juga membebankan pemiliknya.
Kereta Chevy Bel Air 1957 antara yang didambakan rakyat AS berbanding di Cuba yang lebih menggemari rekaan tahun 1955 dan 1956.
Ketiga-tiga tahun tersebut menghasilkan model Tri Five yang mempunyai tiga jenis warna dan direka dengan banyak krom.
Seorang pakar menyatakan, kereta keluaran jenama itu yang mempunyai dua pintu mencecah harga AS$86,200 (RM301,365) dan harga tersebut boleh meningkat kepada AS$100,000 (RM349,611) jika ia dijual kepada pengumpul kereta klasik.
Roland Franz Henning, warga Jerman yang tinggal di Cuba mempunyai kereta Chevy Bel Air 1957 dua pintu berwarna putih dan biru muda. Tambah menarik, ia ialah versi yang tidak mempunyai tiang memisahkan tingkap bahagian depan dan belakang.
“Hanya tiga buah sahaja yang tinggal dengan kondisi terbaik di Cuba. Ia sama seperti dalam risalah kereta itu pada tahun 1957,” kata Henning. –Reuters


Artikel Terpelihara  
 

Kek perkahwinan terbesar dunia



KEK perkahwinan Dantes dan Rivera muncul sebagai kek perkahwinan paling besar di dunia.


MANILA – Majlis perkahwinan pasangan pelakon terkenal Filipina, Dingdong Dantes dan Marian Rivera mendapat liputan media antarabangsa apabila kek perkahwinan mereka dinobatkan sebagai paling besar di dunia.
Rekod kek yang dibina secara tiga dimensi (3D) dengan ketinggian 3.6 meter itu memerlukan lebih 10 orang lelaki dewasa untuk mengangkatnya.
Pasangan itu selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka di sebuah gereja di bandar Quezon sambil dihadiri ratusan tetamu pada 30 Disember lalu.
Selain memiliki kek perkahwinan paling besar di dunia, pasangan yang telah menjalinkan pertunangan sejak lebih dua tahun itu turut mendapat jolokan ‘perkahwinan diraja’ oleh penduduk tempatan.
Sebelum ini, Guinness World Records telah mencatatkan kek perkahwinan terbesar dunia di New England, Amerika Syarikat yang memiliki berat 6,000 kilogram pada 2004 tetapi kek berkenaan dibuat cuma untuk pameran dan bukan untuk perkahwinan.
Berikutan itu, kek pasangan selebriti tersebut yang benar-benar digunakan untuk majlis perkahwinan menjadikan kek itu sebagai yang terbesar di dunia. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3NfvfBqyA 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, January 1, 2015

Pakai sut getah untuk kelihatan seperti wanita

Kosmo! Online - Dunia:


PENAMPILAN Robert ketika memakai sut getah bersama uniform anggota pasukan sorak.



LOS ANGELES – Seorang datuk berusia 70 tahun gemar memakai sut getah silikon yang menyerupai bentuk dan wajah wanita selepas dia kecewa kerana gagal mempunyai teman wanita yang cantik.
Lelaki tersebut yang mahu dikenali sebagai Robert berkata, dia mula gemar memakai sut getah lengkap dengan topeng menyerupai wanita kerana ia kelihatan cantik.
“Setiap kali saya memakai sut ini saya akan melihat penampilan saya di hadapan cermin dan tidak menyangka boleh kelihatan cantik walaupun sudah berusia 70 tahun.
“Saya pernah keluar dengan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun. Walaupun mereka masih menawan mereka tidaklah secantik saya ketika memakai sut ini,” katanya.
Menurutnya, dia akan memakai pelbagai jenis pakaian wanita setiap kali memakai sut getah berkenaan dan gembira apabila menerima banyak pujian daripada orang ramai.
Robert merupakan sebahagian daripada komuniti kecil lelaki yang gemar memakai sut getah menyerupai wanita di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai maskers. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3NXGHsFXd 
Hakcipta terpelihara 


'via Blog this'

Pasangan kembar Siam paling lama hidup di dunia

GAMBAR terbaharu Ronnie (kanan) dan Donnie di kediaman mereka di Ohio, Amerika Syarikat.
Kosmo! Online - Dunia: "COLUMBUS, Amerika Syarikat – Sepasang kembar lelaki diiktiraf sebagai kembar Siam paling lama hidup di dunia apabila mereka menyambut ulang tahun kelahiran ke-63 pada 28 Oktober lalu.

Pasangan kembar Siam tersebut, Ronnie dan Donnie Gaylon dilahirkan dengan bahagian perut yang bercantum. Kembar Ronnie dan Donnie mempunyai empat kaki, empat tangan. Bagaimanapun jantung dan sistem pencernaan mereka berasingan.

Mereka yang dilahirkan pada tahun 1951 terpaksa tinggal di hospital selama dua tahun. Namun, rancangan doktor untuk memisahkan mereka melalui pembedahan dihalang oleh ibu bapanya yang bimbang pembedahan tersebut gagal.

“Keputusan ibu bapa kami untuk tidak memisahkan kami ternyata tepat kerana kami masih hidup sehingga ke hari ini,” kata Ronnie.

Sebagai meraikan ulang tahun kelahiran mereka, pasangan kembar itu dibawa melawat Taman Tema Disney World dan Taman Busch di Florida.

Rekod pasangan kembar Siam paling lama hidup sebelum ini dipegang oleh pasangan kembar Siam dari Itali, Giacomo dan Giovanni Battista Tocci yang lahir pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada usia 63 tahun. – Agensi"



'via Blog this'

Pampasan RM1.7j

Pampasan RM1.7j | Harian Metro: "Beijing: Ibu bapa remaja yang didapati tidak bersalah selepas dihukum mati 18 tahun lalu akan mendapat ganti rugi lebih 2 juta yuan daripada mahkamah sebanyak 2 juta yuan (RM1.1 juta).

Hugjiltu, 18, (gambar) disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati pada 1996, namun dibebaskan awal bulan lalu oleh mahkamah di Inner Mongolia, sembilan tahun selepas orang lain mengaku melakukan kesalahan berkenaan.

Mahkamah yang mengisytiharkan remaja terbabit tidak bersalah ‘atas dasar kekurangan bukti’ berkata dalam kenyataan dibuat di Internet bahawa ibu bapanya akan menerima 2,059,621.40 yuan (RM1.7 juta), namun tidak menyatakan bagaimana jumlah itu dicapai.

Hugjiltu dipercayai disoal siasat selama 48 jam sehingga mengaku merogol dan mencekik mati seorang wanita di dalam tandas sebuah kilang kain. Dia dihukum mati 61 hari selepas kematian mangsa.

Selama sedekad, keluarganya berusaha membuktikan dia tidak bersalah dan perbicaraannya dilakukan semula, November lalu.

Sistem mahkamah China jarang membebaskan pesalah, malah tahun lalu 99.93 peratus tertuduh disabitkan.

Penggunaan kekerasan untuk memaksa suspek mengaku salah masih dilakukan secara meluas. Suspek juga lazimnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya ketika perbicaraan.

Ini bukan kali pertama banduan yang tersilap dihukum mati didapati tidak bersalah. Ada kalanya orang lain mengaku melakukan jenayah terbabit, namun ada juga kes ‘mangsa bunuh’ ditemui dalam keadaan selamat.
- AFP"



'via Blog this'

Wednesday, December 31, 2014

RM47,000 elak isteri tuntut cerai

RM47,000 elak isteri tuntut cerai | Harian Metro: "Jazan (Arab Saudi): Seorang bapa terkejut apabila seorang lelaki yang melamar anaknya menetapkan syarat yang dianggapnya memalukan - anaknya mesti membayarnya SR500,000 (RM47,000) jika mengambil keputusan untuk bercerai.

Si bapa bertambah terkejut apabila anaknya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.

“Si anak bersetuju dengan tuntutan itu selepas lelaki berkenaan menerangkan syaratnya,” lapor akhbar Al Watan.

Lelaki itu berkata, dia menetapkan syarat berkenaan selepas tiga perkahwinannya gagal kerana ketiga-tiga isterinya menuntut diceraikan.

“Dia menetapkan syarat berkenaan bagi memastikan isteri barunya itu tidak meminta cerai,” lapor akhbar berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:08 AM"



'via Blog this'

Bayi tiga lengan selamat dibedah

Bayi lelaki  berusia dua minggu dari Bhavangar di Gujarat, India
Bayi lelaki berusia dua minggu dari Bhavangar di Gujarat, India yang dilahirkan dengan tiga lengan kerana menghidap simptom Polymlia selamat menjalani pembedahan bagi membuang lengan ketiganya di Hospital Awam Ahmedabad, pada 17 Disember lalu. – AGENSI
GUJARAT 30 Dis. – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang dilahirkan dengan tiga lengan berjaya menjalani pembedahan bagi membuang lengan ketiganya di Hospital Awam Ahmedabad di sini, baru-baru ini.
Laman web, Mail Online me­la­porkan, bayi berasal dari Bhavnagar itu dibawa ke hospital selepas dilahirkan dengan tiga lengan berikutan simptom Polymelia, kes yang dilapor­kan berlaku satu dalam sejuta kelahiran.
Simptom unik itu yang bermula dari dalam rahim apabila sel-sel terbentuk secara tidak normal ketika embrio membesar.
Akhbar, Ahmedabad Mirror me­laporkan, imbasan CT di hospital turut mendedahkan, bayi itu turut dilahirkan dengan kaki berupa tombol, satu buah pinggang dan testikel dalam perut.
Bayi lelaki itu pada asalnya dibawa ke Hospital Awam Bhavnagar, tetapi doktor merujuk kes tersebut kepada pakar di Hospital Awam Ahmedabad yang terletak kira-kira 200 kilometer dari situ.
Bapa kanak-kanak itu, Ramesh Makwana berkata, ketika dia mendapat tahu tentang anaknya itu, dia berasa bimbang, tetapi doktor memberi jaminan anaknya akan selamat.
Ketua pembedahan paediatrik, Dr. Rakesh Joshi menjalankan pembedahan bagi membuang lengan ketiga bayi pada 17 Disember lalu.
Menurutnya, pasukan perubatan juga akan meluruskan kaki tombol bayi itu menggunakan plaster, dan menambah kata, bayi itu mampu meneruskan hidup sepert biasa dengan menggunakan satu buah pinggang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-tiga-lengan-selamat-dibedah-1.42842#sthash.etyRMMYG.dpuf

Tuesday, December 30, 2014

Pasu RM3.45 juta



Pasu RM3.45 juta | Harian Metro:

London: Sebuah pasu sumbing yang digunakan sepasang suami isteri untuk menempatkan bunga plastik dijual dengan harga £634,400 (RM3.45 juta) selepas didapati ia peninggalan abad ke-18 China.


Pasangan yang nama mereka tidak didedahkan itu mewarisi pasu berkenaandaripada mendiang bapa wanita itu dan sama sekali tidak menyedari mengenai asal usul dan nilai pasu itu.
Menurut wanita itu, pasu berkenaan dibeli bapanya pada 1960.
Mereka menghantar beberapa gambar barangan antik yang mereka anggap boleh mendapat harga tinggi kepada syarikat lelong, termasuk pasu setinggi 12 inci berwarna hijau kekuningan itu.
Seorang pakar serta-merta mengecam pasu porselin unik itu yang dibuat pada abad ke-18 untuk sebuah istana Maharaja China, Qianlong.
Mereka terkejut apabila syarikat berkenaan meletakkan harga anggaran prajualan sebanyak £10,000 (RM54,427.50).
Bagaimanapun, dengan kehadiran pembida dari China, Hong Kong, Taiwan dan Kanada pada hari jualan, harga pasu itu meningkat hingga £100,000 (RM544,87) sebelum dibeli seorang pembida pada harga £520,000 (RM2.83 juta)
Ditambah dengan yuran, jumlah yang dibayar untuk pasu itu mencecah £634,400 (RM 3.45 juta).
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:08 AM

Monday, December 29, 2014

Hilang Berabad-abad Tahun , Akhirnya Bandar Ini Ditemui.





Hilang Berabad-abad Tahun , Akhirnya Bandar Ini Ditemui. ~ zamrispoon: "Cerita bandar Atlantis, memang menjadi buah mulut selama berabad-abad. Banyak yang mengatakan bandar itu hanya mitos semata, tidak nyata adanya. Tetapi di dunia ini, banyak bandar terkubur lain di bawah laut, yang lambat laun mulai dijumpai.

Seperti bandar Thonis Heracleio, yang keberadaannya mulai dijumpai dengan penemuan patung-patung serta alat lain di bawah laut, tempatnya di laut Mediterranean. Bandar legenda ini dipercayai hilang kira-kira 1,200 tahun yang lalu.

Namun dengan adanya teknologi moden, maka sedikit dem sedikit, cerita tentang bandar ini mulai menjadi buah mulut, termasuk di mana letak bandar ini menghilang.



Bandar ini dijumpai di sepanjang pantai utara Mesir, awal abad ke-21 dan kota ini diyakini sebagai pusat perdagangan antara Greece dan Mediterranean, untuk memasuki Mesir. Para ahli arkeologi sendiri telah menemui kira-kira 64 bangkai kapal, syiling emas, dan patung raksasa.

Demikian juga lempengan batu dari Yunani dan Mesir kuno, telah diangkat ke permukaan. Awalnya sangat sukar mencari bandar legenda ini, kerana terkubur oleh sedimen setebal 5 meter.

 
Diduga, kenaikan air laut yang menyebabkan bandar ini menghilang ke dasar laut, digabungkan dengan hakisan besar sedimen yang menyokong bandar tersebut.

"Penemuan ini baru awal dari kajian. Kami akan bekerja terus jika membolehkan dalam 200 tahun hadapan, agar semua perkara tentang bandar ini terbongkar dan boleh difahami. Bandar ini sangat mengagumkan," kata Dr Damian Robinson"



'via Blog this'

Kapak isteri sebelum Krismas

Lancaster: Seorang lelaki mengapak isterinya hingga mati sehari sebelum Krismas dan membawa anak mereka ke rumah ibu bapanya untuk menyambut perayaan itu sebelum mengaku kepada polis mengenai perbuatannya sehari kemudian.


Dustin Lee Klopp, 36, dilaporkan menumbuk muka isterinya Stephanie Kilhefner, kemudian mengguna kapak untuk mengelar leher mangsa sebelum membelah kepalanya selepas mereka bertengkar.
Pendawa raya daerah Lancaster Craig Stedman berkata, kedua-dua anak mereka yang berusia lima dan dua tahun tidak melihat kejadian itu.
Stedman bagaimanapun, enggan menjelaskan punca perbalahan Klopp dan Stephanie.
Menurut polis Pennsylvania, Klopp cuba membersihkan lumuran darah di rumahnya. Dia juga memindahkan mayat mangsa ke sebuah pondok dan memasukkannya ke dalam beg.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 9:25 AM




KLOPP dan Stephanie pada hari perkahwinan mereka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19821#sthash.0iH6LOyP.dpuf