Pages

Wednesday, March 25, 2015

Remaja boleh pusingkan kepala 180 darjah



KALRA mampu memutarkan wajahnya sehingga 180 darjah ke belakang. - Agensi


CHANDIGARH, India – Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang.
Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya.
Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her.
Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan.
Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith.
Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3VDyvueZB 
Hakcipta terpelihara 

No comments: