MOSCOW 29 Nov. – Usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang menempa nama dalam dunia peragaan dan perkara tersebut dibuktikan oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sering diberi kepercayaan memperagakan pelbagai produk berjenama.
Mail Online melaporkan, Kristina Pimenova yang memulakan kerjaya peragaan seawal usia tiga tahun pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Roberto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton.
Dia yang disebut sebagai kanak-kanak tercantik di dunia oleh pengguna laman sosial juga pernah menjadi penghias muka depan majalah berprestij Itali, Vogue Bambini ketika berusia tujuh tahun.
Kejelitaan Pimenova yang memiliki rambut panjang berwarna perang dan sepasang mata berwarna biru, membolehkan dia mengumpul dua juta peminat di laman sosial Facebook.
Orang yang bertanggungjawab membawa Pimenova ke dunia peragaan adalah ibunya, Glikeriya Shirokova yang menguruskan akaun laman sosial dan karier anaknya.
“Kerjaya peragaan Pimenova bermula selepas ramai rakan-rakan ibunya terpesona dengan kejelitaannya dan meminta dia mencuba nasib dalam bidang peragaan.
“Sejak itu dia sangat cintakan dunia peragaan,” menurut status biografi di Facebook Pimenova.
No comments:
Post a Comment