ROSIE SKINNER ketagih makan span sejak dia berumur lima tahun lagi. – AGENSI
LONDON 26 Nov. - Seorang remaja perempuan di daerah Surrey di tenggara England, mempunyai tabiat pemakanan pelik iaitu ketagih makan span yang biasanya digunakan untuk mencuci pinggan.
Demi memenuhi ketagihannya itu, Rosie Skinner, 19, akan makan sekurang-kurangnya dua keping span besar seminggu yang dipotong dalam bentuk kepingan kecil.
Skinner yang juga seorang pelajar dari kawasan perumahan Epson, mengalami sindrom ‘Pica’ iaitu satu keadaan di mana individu memakan objek yang tidak sesuai untuk dimakan dan tidak mempunyai nilai pemakanan.
“Saya sentiasa menyukai bau span basah. Saya ketagih akan rasa lembap dan rasa span itu di dalam mulut saya sehinggakan saya menganggap saya sedang makan kek.
“Saya mungkin akan cuba makan span dengan aising pada satu hari nanti kerana bila saya rasa tertekan, saya akan makan span bagi membuatkan saya rasa tenang,’’ katanya sebagaimana lapor Mail Online.
Bagaimanapun, diet pelik Skinner itu pernah membuatkannya menjalani pembedahan membuang gumpalan besar span dari perutnya semasa dia berusia 13 tahun.
Malah, Skinner pernah kehilangan sebatang gigi ketika asyik menguyah span dalam satu kejadian semasa berumur 10 tahun.
“Saya memang mahu menghentikan tabiat ini, namun terlalu sukar,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment