Pages

Saturday, February 18, 2012

Perompak mohon maaf kepada pekerja bank

ROME: Dua perompak yang memecah masuk ke dalam sebuah bank semalam memohon maaf kepada kakitangan dengan berkata, mereka terpaksa mencuri kerana krisis ekonomi sebelum melarikan diri bersama-sama 10,000 euro (RM39,000).

“Bertenang dan kami mohon maaf kerana kesulitan ini tetapi ada krisis yang berlaku,” kata seorang perompak itu ketika dia dan rakannya merompak sebuah cawangan Banca Monte dei Paschi di Siena di Sardinia.


Polis berkata, mereka percaya senjata yang digunakan dalam rompakan itu palsu memandangkan ia tidak menyebabkan penggera pengesan logam di pintu masuk bank berbunyi. - AFP

myMetro | Perompak mohon maaf kepada pekerja bank:

'via Blog this'

No comments: