Pages

Sunday, January 15, 2012

Kutip otak ayah


TUTUP... jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Gambar kecil, Othman, maut.
TUTUP... jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Gambar kecil, Othman, maut.


DUNGUN: Seorang anak perempuan tidak dapat menahan kesedihan ketika mengutip cebisan otak ayahnya yang bertaburan di jalan selepas warga emas itu dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Othman Muda, 69, tercampak 20 meter selepas dilanggar kereta Satria Neo ketika melintas jalan dari rumahnya di Gong Gemia untuk ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang datang dari arah Dungun gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang ketika itu melintas dan rempuhan itu menyebabkan otak mangsa bertaburan di atas jalan.
Difahamkan, anak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan ayahnya terbabit dalam kemalangan sebelum dilihat memasukkan cebisan otak mangsa ke dalam beg plastik kecil.

Sebaik jenazah ayahnya dibawa ke Hospital Dungun, wanita berusia 40-an itu kemudian menaiki kereta dipandu saudaranya sebelum meletakkan beg plastik itu di sisi jenazah ayahnya di Bilik Mayat Hospital Dungun.

Rakan mangsa, Hashim Arshad, 57, berkata mereka sering solat berjemaah di Masjid Jamek Paka dan kali terakhir dia melihat arwah ketika solat Jumaat kelmarin tetapi tidak sempat menyapa kerana arwah duduk jauh.
“Selepas solat Jumaat, saya tidak sempat bersalam dengannya kerana dia pulang ketika saya berbual dengan seorang kawan lama.

“Malah, arwah juga tidak ada di masjid tadi (kelmarin) menyebabkan saya dan rakan masjid yang lain tertanya-tanya ketiadaannya.
“Arwah seorang yang baik hati dan suka berjenaka serta kami sering terhibur dengan gurauan dan jenakanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun.

Hashim berkata, dia terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada seorang rakan masjid yang memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan tidak jauh dari kawasan masjid.

“Saya terkilan kerana biasanya saya menggunakan jalan di mana arwah terbabit kemalangan untuk pulang ke rumah, namun pada malam kejadian saya melalui jalan lain,” katanya sambil mengakui kesihatan arwah kurang memuaskan kebelakangan ini dan sering kelihatan lemah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan kejadian itu.

Katanya, jenazah arwah yang siap dikafankan di Hospital Dungun dituntut keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Gong Gemia.
myMetro | Kutip otak ayah:

'via Blog this'

No comments: