Pages

Wednesday, May 4, 2011

Obama enggan dedah bukti



WASHINGTON - Rumah Putih seakan bermain tarik tali apabila seperti keberatan untuk mengeluarkan foto mayat Osama Laden selepas diminta oleh beberapa Ahli Parlimen bagi menunjukkan bukti jika benar pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda itu sudah meninggal dunia, kelmarin.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dengan angkuh bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan semua orang mempercayai foto yang dikeluarkan itu adalah benar mayat Osama.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perumahan, Senator Joseph Lieberman berkata, kerajaan perlu mengeluarkan foto atau rakaman video yang lebih jelas supaya tiada keraguan dan persoalan lain berhubung kesahihan itu akan timbul.

“Kami akan mempercayai berita kematian Osama jika ia disahkan oleh ahli kumpulan Al-Qaeda itu sendiri kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang sedang dilakukan tidak boleh menjadi satu bukti kukuh,” menurutnya lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Rumah Putih, Mike Rogers berkata, mereka yakin telah menembak Osama dan keengganan mereka untuk mengeluarkan foto atau bukti lain berkaitan kematian Osama kerana tidak mahu mencetuskan sebarang masalah

2 comments:

Unknown said...

as memang penipu besar kalau benarlah osama dibunuh mana mayatnya!!tunjukkan pada dunia..

Anonymous said...

pendapat aku ..osama tidak terbunuh pada serangan tentera as hari tu, tapi di tangkap hidup - hidup , kerana setiap alasan dan bukti mengatakan osama mati amat meragukan, sbb tu dia org bagi alasan osama di kebumikan di laut utk mengelakkan ada pengikut all qaida ambil balik mayat tu.