Pages

Saturday, November 20, 2010

Tom Cruise panjat puncak Burj Khalifa




SALAH satu aksi Tom Cruise yang melakukan sendiri lagak ngeri di bangunan Burj Khalifa di Dubai kelmarin.


DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Pelakon terkenal yang gemar melakukan aksi lagak ngeri, Tom Cruise memanjat puncak menara bangunan Burj Khalifa di Dubai untuk satu adegan dalam filem terbarunya, Mission Impossible IV, lapor sebuah akhbar semalam.
Cruise dilihat berada di puncak bangunan yang berketinggian 828 meter itu kelmarin.
Kembali memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem berkenaan, Cruise sebelum ini berlari di bahagian tingkap di bawah dek peninjau menara tersebut yang berada di tingkat 124 untuk satu adegan kejar mengejar.
Dalam satu sidang media minggu lalu, Cruise memberitahu bahawa dia akan menghabiskan banyak masa di bangunan tersebut.
"Saya tidak boleh memberitahu perinciannya, tetapi saya akan berada di atas sana," kata Cruise.
Seorang jurucakapnya menjelaskan, Cruise sudah agak lama membuat persiapan untuk aksi itu.
"Dia percaya jika aksi lagak ngeri itu dilakukannya sendiri, penonton akan lebih percaya wataknya dalam filem tersebut," katanya. - Agensi

No comments: