Pages

Tuesday, September 4, 2012

Rohingya: Cadangan Thein Sein disokong

Rohingya: Cadangan Thein Sein disokong
Ratusan kumpulan sami Buddha berhimpun menyokong cadangan Thein Sein.

YANGON - Ratusan sami Buddha berarak di bandar kedua terbesar Myanmar sebagai tanda sokongan mereka terhadap cadangan Presiden Thein Sein, yang mahu menghantar kaum minoriti Islam yang ditindas, Rohingya ke negara lain.

Perhimpunan di bandar Mandalay, kelmarin, menunjukkan satu lagi tanda kebencian kaum Rakhine terhadap Rohingya selepas tercetusnya keganasan etnik yang menyebabkan sekurang-kurangnya 83 orang terbunuh dan berpuluh ribu melarikan diri pada Jun lalu.

Kumpulan sami yang lengkap berpakaian serba jingga itu membawa sepanduk bertulis 'selamatkan tanah air Myanmar dengan menyokong presiden'.

Mereka turut menuduh wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tomas Ojea Quintana sebagai berat sebelah selepas beliau dilihat begitu mengambil berat ke atas etnik ditindas Rohingya.

Perhimpunan diketuai sami Wirathu yang sebelum ini pernah dihukum penjara selama 25 tahun pada 2003 selepas mengedarkan kesusasteraan anti-Islam, tetapi dia dibebaskan di bawah pengampunan diraja, pada Januari lalu.

Kumpulan sami berkenaan dilaporkan akan meneruskan perhimpunan mereka selama tiga hari dan dijangka jumlah peserta meningkat dari semasa ke semasa.

Menurut PBB, etnik minoriti Rohingya yang menghuni bumi Myanmar adalah kumpulan manusia di dunia yang paling ditindas oleh etnik Rakhine.
Malah kerakyatan etnik Islam itu tidak perakui walaupun kebanyakan daripada keluarga mereka menetap lebih berpuluh tahun di Myanmar.

Myanmar bagaimanapun, menafikan tindakan penganiayaan itu terhadap masyarakat Islam Rohingya dengan mengadakan siasatan ke atas keganasan yang berlaku.

No comments: