Pages

Tuesday, September 4, 2012

Gempa gegar enam bandar di Filipina

MANILA - Satu gempa bumi berukuran 5.9 pada Skala Richter di Teluk Moro, Mindanao menyebabkan sebanyak enam bandar di selatan Filipina turut bergegar, semalam.

Menurut Pusat Kaji Gempa Bumi dan Gunung Berapi Filipina (Phivolcs), kawasan Cotabati City merasai gegaran gempa pada tahap empat sementara tahap tiga dirasai di Datu Unsay dan Datu Hoffer di wilayah Naguindanao.

Sementara itu, tiga bandar iaitu Zamboanga, Kidapawan dan Isulan di wilayah Sultan Kudarat merasai gegaran gempa pada tahap 2 Skala Richter.

Phivolcs melaporkan, gempa yang berlaku susulan perlanggaran tektonik bumi pada pukul 2.30 petang waktu tempatan itu tidak menyebabkan kecederaan dan kerugian kepada mangsa.

No comments: