Pages

Tuesday, September 4, 2012

Pesawat bom bangunan, 18 terbunuh



Gambar bertarikh 22 Julai lalu merakamkan sebahagian pelarian Syria tiba di kem pelarian Oncupinar di Kilis, Turki. - AFP
BEIRUT 3 Sept. - Pesawat tentera Syria mengebom sebuah bangunan di kawasan pemberontak di bandar al-Bab, Aleppo hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, selepas pemberontak mengepung bandar Harem, di utara negara ini semalam.
Pengarah Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, mangsa yang terbunuh dalam serangan tentera, hari ini termasuklah enam wanita dan dua kanak-kanak.
"Mangsa terbunuh apabila jet pejuang tentera mengebom bangunan tempat mereka berlindung," katanya.
Tentera Syria turut menggempur beberapa daerah di Aleppo ketika tentera berusaha menyekat saluran bekalan kepada pemberontak.

No comments: