Pages

Wednesday, March 31, 2010

Komik Superman dilelong RM5.2 juta



NEW YORK 30 Mac - Superman berjaya meraih hasil jualan berjumlah AS$1.5 juta (RM5.2 juta), semalam apabila salinan khas komik pertama yang menampilkan watak adiwira itu mengatasi rekod jualan lelong komik terdahulu.
Salinan Komik Aksi tahun 1983 yang memaparkan penampilan sulung Superman dengan mudahnya mengatasi rekod jualan berjumlah AS$1.075 juta (RM3.7 juta) yang dicatat oleh komikBatman pada Februari lalu, menurut jurulelong ComicConnect.com.
Menurut mereka, keluaran pertama Komik Aksi Superman yang sama telah dijual pada harga AS$1 juta (RM3.5 juta) pada Februari lepas, namun ia tidak berada dalam keadaan yang baik sebagaimana salinan yang dijual semalam.
Ketika ia diterbitkan pada 1983, komik Superman yang memaparkan wira tersebut sedang mengangkat sebuah kereta berwarna hijau pada kulit muka hadapannya itu cuma berharga AS$0.10 sen (RM0.35 sen).
"Rekod baru ini gagal dipecahkan kerana Komik Aksi Nombor Satu ini merupakan satu-satunya komik paling berharga di planet ini," kata pemilik bersama ComicConnect.com, Vincent Zurzolo.
Apa yang mengejutkan, kewujudan komik itu tidak diketahi sejak 50 tahun lepas kerana ia dikatakan terlipat di dalam sebuah majalah filem lama, menurut ComicConnect.com.
"Tiada siapa yang tahu ia wujud. Beberapa minit kemudian semua orang berlumba-lumba untuk memilikinya," kata pengasas ComicConnect.com , Stepher Fishler. - AFP

No comments: