Didalam naskah Hikayat Merong Mahawangsa ada tercatat bahawa negeri Siam Lancang dibuka oleh Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir, (lihat dibawah blog ini) iaitu anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Sekaligus ia menafikan bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa Thai hari ini kerana terdapat ke dua bangsa ini bertutur dalam dua bahasa yang berbeza. Pendek kata, jika Bahasa menunjukkan bangsa, orang-orang Siam beragama Islam sementara orang-orang thai (dari puak Sukuthai) pula beragama Buddha.
Dalam tahun 1767, ibu negeri Benua Siam Islam Ayuthia telah ditawan puak musuh yang beragama Buddha. Raja atau pemerentah mereka, Rama I adalah dari bangsa Sukuthai yang beragama Buddha. Ini berbeza dengan situasi sebelumnya dimana Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam yang diperentah oleh raja-raja Siam Islam. Ini yang disembunyikan oleh sejarah menyebabkan sejarah negara kita dan sejarah orang-orang Melayu dari rumpun Siam menjadi tidak tepat.
Hari ini kita dapati sejarah menjadi kucar-kacir apabila orang-orang Thai di Thailand pula mengakui mereka adalah orang Siam padahal raja mereka adalah dari bangsa Sukuthai yang menjajah negeri Siam bermula dari Rama I Yotfa Chulalok. Memang asalnya mereka orang Siam, rakyat negara Siam tetapi hari ini mereka dijajah oleh Raja Rama Thai, bukan Raja Siam yang beragama Islam seperti dizaman Ayuthia. Dengan sebab itu, apabila penguasaan mereka telah menyeluruh, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka.
Sekiranya diberi peluang, entah-entah, seluruh semananjong ingin di taikan oleh mereka. Langkah Inggeris menukar nama Semenanjong Malaka (jajahan Siam Islam) kepada Semenanjong Tanah Melayu adalah bagi menghentikan kemaraan ini dan menjaga kepentingan ekonomi mereka seperti bijih timah, ladang getah, lombong emas dll. Ada kemungkinan apabila Raja Thai berkuasa di Ayuthia, kemudiannya Bangkok mereka berhak kepada keseluruhan wilayah yang dulu berada dibawah Benua Siam Islam. Mereka lupa tentang perbezaan agama itu.
Kesemua maklumat-maklumat ini jika dianalisa dengan teliti ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur dalam tahun 2005, selenggaraan Mariyam Salim. Undang-Undang Kedah merupakan manuskrip asal perlembagaan Benua Siam Islam Kedah. Ia mula ditulis berperingkat-peringkat semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi. Buku tersebut mula ditulis di zaman Saidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir (anakanda Podiset) berkerajaan di Acheh Darul Salam. Sebagai sebuah perlembagaan negara ia pasti di buat ‘amendment’, mengikut kehendak dan keperluan dari masa ke semasa.
Teks asal tulisan jawi Undang Undang Kedah ini telah tersimpan sekian lama di perpustakaan ‘School Of Oriental And African Studies (SOAS) London’, nombor rujukan MS 40329 dalam bentuk microfilm dan ia telah dibawa balik ke Malaysia untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
2 comments:
ASSALAMUALAIKUM, SAYA ADA KENAL SSORANG LELAKI YANG BERUMUR LINGKUNGAN 60AN SWEMAS APERGI BERUBAT DENGANNYA.SAYA TK BERAPA PASTI DIA ANAK KE BERAPA DALM FAMILI, CUMA SEMASA KECIL DIA SUKA HAFAL AYATUL KURSI.SEMASA AYAHNYA HAMPIR MENINGGAL ..AYAHNYA MMEBERTAHU IA BERKETURUNAN RAJA..SAYA DAH LUPA..DAN KEMUDIAN DIA MENDAPAT MAKLUMAT SECARA GHAIB YANG IA ADALAH DARI MERONG MAHAWANGSA.BELAIU BERNAMA SHAFIE DAN MENETAP DI KUALA KEDAH MENGUBATI ORANG SEKALI SEKALA TUTUN KE LAUT.AYAT2 KURAN UTK BERUBAT DIPELAJARIO SECARA GHAIB SEBABA BELIAU TDAK BERSEKOLAH DAN CUMA MENGHAFAL.
ASSALAMUALAIKUM, SAYA ADA KENAL SSORANG LELAKI YANG BERUMUR LINGKUNGAN 60AN SWEMAS APERGI BERUBAT DENGANNYA.SAYA TK BERAPA PASTI DIA ANAK KE BERAPA DALM FAMILI, CUMA SEMASA KECIL DIA SUKA HAFAL AYATUL KURSI.SEMASA AYAHNYA HAMPIR MENINGGAL ..AYAHNYA MMEBERTAHU IA BERKETURUNAN RAJA..SAYA DAH LUPA..DAN KEMUDIAN DIA MENDAPAT MAKLUMAT SECARA GHAIB YANG IA ADALAH DARI MERONG MAHAWANGSA.BELAIU BERNAMA SHAFIE DAN MENETAP DI KUALA KEDAH MENGUBATI ORANG SEKALI SEKALA TUTUN KE LAUT.AYAT2 KURAN UTK BERUBAT DIPELAJARIO SECARA GHAIB SEBABA BELIAU TDAK BERSEKOLAH DAN CUMA MENGHAFAL.
Post a Comment