10 Rumah Unik & Kreatif Di dunia. Anda Minat?
RUMAH itu syurgaku. Rumah merupakan tempat paling aman dan terbaik bagi orang yang tinggal di dalamnya, bahkan menjadi suatu keperluan dalam kehidupan. Tetapi lihat rumah ini! 10 rumah yang sangat unik dan kreatif. Masih dalam keperluan atau lebih dari keperluan?
1. Kettle HouseKettle House di Texas, Amerika Syarikat, tidak hanya terlihat seperti cerek, tetapi juga dapat berfungsi sebagaimana mestinya.
2. Stone HouseRumah Batu di Portugal ini adalah salah satu contoh terbaik elemen alam yang ikut digunakan. Memang unik bila kita lihat. Rumah itu memang berpenghuni, bukan macam batu-batu gunung biasa.
3. Crooked HouseRumah Melengkung ini didirikan sebagai contoh salah satu arsitektur terbaik yang pernah dibuat. Struktur lengkungnya menjadikannya salah satu rumah paling unik dan ganjil di dunia.
4. Cubic HouseRumah Kubik di Rotterdam, Belanda, adalah kumpulan rumah yang bersama membentuk geometri kubus. Faktor menarik di sini adalah bagaimana rumah ini dijaga agar tidak jatuh.
5.Dome HouseDome House di Florida, AS, adalah pemandangan rumah putih yang indah dengan arsitektur kubah yang unik.
6. Cob HouseCob House di Vancouver, Kanada. Dibuat dari tanah liat, pasir, selut dan air.
7. Hole HouseHole House di Texas, AS, adalah projek seni atau akibat dari kemalangan luar biasa. Apapun itu, rumah ini boleh dikatakan unik, lagi kreatif.
8. Shoe HouseMacam ada penggemar berat fairy tale di sini. Rumah Kasut di Pennsylvania, AS, membentuk kasut dalam semua aspek, kecuali solnya.
9. UFO HouseUFO House di Taiwan, nampaknya menakutkan tetapi telah dijamin tidak ada Alien. Rumah sejenis ini juga ada di Cina. Rumah ini adalah sebahagian dari projek pemerintah Taiwan yang tidak dapat diteruskan, dan akhirnya dibiarkan menjadi kota hantu.
10. Pickle HousePernah melihat drum acar? Pickle House di Minnesota, AS, adalah contoh rumah ganjil yang menarik perhatian orang (bukan acar).
(Sumber: http://hermawayne.blogspot.com/2009/02/10-rumah-paling-unik-di-dunia.html/AK)
No comments:
Post a Comment