Pages

Thursday, March 25, 2010

Amerika Tidak Akan Serang Iran

dipetik dari: Blog Tentera Dajjal




Ketika Isu Nuklear semakin sejuk dan Russia dengan tekun membantu Iran membikin senjata itu. Media-media barat diluar sana mula memperlihatkan isu-isu yang jarang kedengaran di Malaysia malah tidak menjadi perhatian sama sekali kepada para penganalisis politik Timur Tengah di Malaysia.

Sebelum ini, kebanyakkan para penganalisis begitu bersemangat untuk merealisasikan teori mereka, kononnya - Serangan Amerika Terhadap Iran akan berlaku. Kata-kata sebegini tidak menghairankan saya kerana isu ini sangat popular di Barat bahkan dalam tulisan mereka dengan memetik kata-kata para jeneral Amerika sendiri berapi-api memperkatakan tentang hal itu bahkan menurut pengalisis dan para jeneral barat sendiri sudah menetapkan beberapa tarikh yang sesuai untuk serangan itu. sesiapa yang membaca tulisan mereka pasti terpesona dan mempercayai tarikh berkenaan. Apa yang pasti beberapa tarikh serangan itu kini hanya menjadi jenaka sahaja dan berlalu dengan pembohongan yang nyata.

Benarkah Iran akan diserang? Saya pernah memberi komen dan cuba meng-emailkan kepada RTM dalam diskusi mereka. namun pandangan saya ternyata berlainan dengan umum yang begitu bersemangat untuk melihat kehebatan Iran berhadapan dengan Amerika dalam perang yang bakal berlaku.

Dengan faktor yang berlainan antara Iran dan Iraq, Iran tidak mungkin menghadapi serangan kecualilah bumi Iraq dan negara-negara Arab sudah kekeringan simpanan minyak mereka dan keadaan pada ketika itu semestinya dan hanyalah Iran sahaja yang menyimpan bahan api itu. Itulah faktor terbesar stelah satu persatu hikayat bohong WMD Iraq didedahkan oleh pihak Amerika sendiri.



Berbalik kepada sejarah, tidak pernah berlaku mana-mana kuasa Syiah akan berperang dengan Yahudi Kristian untuk membela dan menstabilkan negara Sunnah yang lain. Salahuddin al-Ayyubi telah merasai perbuatan cela Syiah Fatimiah yang bersekongkol dengan kuasa Kristian dalam siri peperangan Salib. Daulah Uthmaniyyah di Turki begitu lama berperang dengan Syiah Safawiyyah Imamiyyah di utara Iran yang berpusat di Tabriz ketika itu. Safawiyyah sedia bekerjasama dengan Kristian demi berhadapan dengan negara musuh tradisi - Sunnah Uthmaniyyah pada masa lampau. Lihatlah pengkhianatan pemimpin Syiah di benua India terhadap negara muslim sunnah di benua itu ketika itu dengan bekerjasama dengan Inggeris.

Kes Afghanistan dan Iraq sepatutnya menjadi bahan amat berguna kepada para pengkaji dalam mengkaji hubungan antara Iran dan Amerika. Malah lebih mendalam lagi ialah hubungan dengan Iran dengan Israel. Kini pengakuan demi pengakuan mula timbul dalam media mengungkap rahsia disebalik permusuhan sebenar antara Iran dan Amerika/Yahudi.

Bermula satu isu yang menjadi kontroversi sehingga kini di Kongres, Iran-Contra - penjualan senjata Amerika kepada Iran melalui tangan Israel semasa perang Iran-Iraq dahulu, sangat menghairankan tiada seorang pun penganalisis politik mengulas isu yang begitu panas di Amerika yang melibatkan hampir separuh daripada pegawai-pegawai Bush hari ini (termasuk Roberts Gates - SU Negara Amerika terkini). Ia tidak menghairankan kerana ketika itu Saddam merupakan sekutu utama kepada Amerika manakala Iran perlu ditonjolkan sebagai musuh utama Amerika yang sewajarnya tidak pernah berhubungan dengan Amerika. Kejayaan media menonjolkan Khomeini dan Iran sebagai musuh utama langsung menutupi kes “Iran Contra” (Penjualan Senjata Amerika kepada Iran) dan “October Surprise” yang dirangka oleh Ronald Reagan dan Bush Tua bersama pegawai-pegawai Khomeini yang diketuai oleh Presiden Bani Sadr di negara Perancis tempat Khomeini dibuang bagi mengurung tebusan lebih 50 tebusan diplomatik Amerika dalam tempoh yang lama di Teheran untuk kempen Ronald Reagan bagi menewaskan Jimmy Carter dalam pilihanraya Presiden.

Sumbangan Iran ternyata berkesan dan besar sekali kepada Presiden Amerika atas alasan itu Iran yang bertahun-tahun menjadi paksi kejahatan dan musuh pertama Amerika sehingga hari ini tidak pernah menerima sebiji bom palsu pun daripada Amerika. Sebaliknya kejahatan Saddam terhadap Iran dalam perang teluk dahulu menjadi alasan terkuat bagi Amerika menabalkan kuasa Syiah di Iraq pada 20 April 2003 sehingga hari ini dengan bantuan Iran.

George Bush:


Fakta yang dikemukakan bukanlah omong-omong yang kosong atau ciptaan. Bekas Naib Presiden kepada Presiden Iran Hujjatullah Mohamad Khatami yang bernama Mohd Ali al-Abtahi berkata : "Jika tidak kerana Iran Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh ke tangan Amerika".

Pada 2 Februari 2008, Duta U.S ke PBB yang juga bekas Duta U.S ke Iraq yang sangat popular Zalmay Khalilzad -merupakan salah seorang pencatur serangan terhadap Iraq mengakui sumbangan Iran kepada kejatuhan Afghanistan dan Baghdad melalui kerjasama antara Iran dan Amerika, malah beliau sendiri merupakan juru runding antara kedua-dua kerajaan itu.

Kita telah diperdayakan oleh media-media barat kononnya Iran menolong dan melindungi pejuang Taleban dan Al-Qaeda. Tetapi hakikat ini dijelaskan dengan terperinci oleh pegawai-pegawai NATO di Afghanistan bahawa Iran tidak pernah membantu pejuang Taleban. . Saya jelaskan dengan tegas kebencian Iran terhadap Taleban berpunca kerana Taleban Afghanistan merupakan pejuang Sunnah sejati pegangan aqidahnya dan pegangan itu sangat dibenci oleh Iran yang menganut agama Syiah. Sebahagian manusia di luar sana pasti mengatakan fakta ini cuba mengapi-apikan permusuhan Sunni-Syiah. Itu berdasarkan kedangkalan semata-mata dan tidak mahu berpijak pada bumi yang nyata. Bahkan atas dasar itu Iran memusuhi gerakan al-Qaeda dan sanggup bekerjasama menyerahkan pejuang-pejuang kumpulan itu kepada Amerika demi konsep bersama memerangi keganasan – “War on Terrorisme”.

Sebagai melengkapkan bukti, dalam pertemuan antara Presiden Afghanistan Hamid Karzai dan Manucher Mottaki, Menteri Luar Iran, Presiden Afghan menjelaskan secara terbuka perbuatan Iran bersama Amerika untuk melenyapkan Afghanistan. kemudiannya Mottaki mengesahkannya dengan terperinci. Satu keadaan agak pelik Iran bermusuhan dengan Amerika tetapi bekerjasama rapat dengan tali barut Amerika Hamid Karzai di Afghanistan dan Nuri al-Maliki di Iraq, termasuk juga dengan kerajaan India bagi kerjasama Nuklear. Perjanjian Bonn atau Bonn Conference telah merekodkan dengan baik kemesraan Amerika dan Iran untuk melenyapkan Taleban Afghanistan.

Di Iraq kerjasama antara Iran dan Amerika tidak menjadi rahsia kepada penganalisis Barat. Bekas Menteri Luar Britain, Jack Straw merupakan penghubung antara Britain/U.S bagi memujuk Hashemi Rafsanjani sebelum serangan 2003. Amerika merupakan penyambung nyawa kepada parti-parti Syiah seperti SCIRI dan Parti Da'wa Islamiyyah begitu juga Kurdis sekular yang nazak semasa Saddam berkuasa . Pemimpin SCIRI, Mohamad Baqir al-Hakim dan saudaranya Abd. Aziz al-Hakim berada dalam buangan di Iran. merekan ditaja oleh Amerika melalui Ahmad Chalabi, Syiah tali barut Amerika di London yang sentiasa berulang alik ke Iran.

Hari ini majoriti yang berada diatas tampuk pemerintahan Iraq ialah Syiah. Majoriti tenteranya adalah Syiah. Sunnah telah dihalau beratus ribu setiap bulan menurut angka yang dikeluarkan oleh PBB. Pembersihan etnik yang didalangi oleh kumpulan militia maut Syiah dan Tentera Mehdi pasti mensasarkan penduduk Sunnah. media menghebohkan pertembungan antara tentera Mehdi dan tentera penceroboh tetapi yang peliknya yang terbunuh ialah puluhan ribu penduduk Sunnah. Itulah cerita sebenar di Fallujah yang terkenal satu masa dahulu. Dunia melupakan Fallujah itu sebenarnya kawasan ulama'-ulama terbilang ahli Sunnah. Hakikatnya, memang benar tentera Mehdi bertembung dengan tentera penjajah tetapi disusuli dengan campurtangan kerajaan Syiah yang mana pengikut-pengikut Muqtada Sadr merupakan antara kelompok terbesar dalam kerajaan Iraq. Perdamaian menyusuli pertempuran antara mereka tetapi Ahli Sunnah menjadi mangsa yang hakiki. Pengakuan pegawai kerajaan Iraq hari ini bahawa majoriti terbesar dalam penjara Iraq hari ini ialah Ahli Sunnah.

Pokok persoalan ialah kemana pergi Syria yang dimomokkan sebagai paksi kejahatan bersama Korea Utara dan Iran? Kemana pergi yang menyatakan Syria adalah mangsa selepas Iraq? Benarkah Iran adalah mangsa seterusnya setelah Syria lenyap tanpa berita? penulis yang sentiasa mengikuti permainan media dan pencatur-pencatur antara Iran dan Amerika merasa isu ini sangat lucu bila mana Iran mempersendakan resolusi PBB satu persatu berkaitan isu nuklear sementara pihak Amerika pula meneruskan lakonan Charlie Chaplin dengan kata-kata. Iran akan diajar secukupnya, serangan ke atas Iran tidak dapat dielakkan, malah Amerika bersedia menyerang Iran. Peristiwa ini ditutup dengan penahanan 15 mariner Britain di Shatt al-Arab. Penulis melayari akhbar Iran bahawa pelayar Britain yang sebelumnya sudah beberapa kali ditahan sebelum itu tetapi dilepaskan setelah berunding tetapi kali ini kenapa menjadi isu? Tidak berapa lama setelah dipulangkan askar marinnya, Britain pula memujuk Amerika supaya jangan menyerang Iran. Permainan ini cukup hebat memperbodohkan seluruh dunia. Hakikatnya Britain lah negara yang mempelawa Iran melanggar Saddam bagi membalas dendam perang lapan tahun dengan Iraq.

Hari ini keadaan kucar-kacir di Iraq yang mana tentera Amerika dan kerajaan Syiah Iraq terpaksa berhadapan dengan serangan sengit pejuang Sunnah dari kelompok mujahidin Daulah Islamiah Iraq yang bergabung dengan Al-Qaeda di Iraq telah membuka mata semua pihak betapa Iran dan Syria itu bukan musuh sebenar bagi Amerika. Mereka telah bertemu banyak kali bagi mendapatkan sokongan Iran dan Syria membela kerajaan Syiah Iraq diatas faktor keselamatan Iraq dan kebebasan rakyat Iraq dari serangan pengganas. Serangan yang bertalu-talu dari kumpulan al-Qaeda telah banyak merugikan Amerika. Bagi mempertahankan kerajaan sedia ada Amerika berharap Iran dan Syria menyokong tentera kerajaan dan Syiah untuk berhadapan dengan pejuang Sunnah yang berasal dari muslim sunnah Iraq, Sudan, Ikhwan Syria, jordan, Mesir dan Libya yang berjuang di pihak barisan al-Qaeda di Iraq. Iran diperlukan bagi mengekang percubaan Muqtada Sadr yang kononnya ingin memerintah Iraq bagi menggantikan Nuri al-Maliki yang akan merombakkan sistem demokrasi di Iraq dan mengakibatkan kerugian Amerika untuk membolot telaga-telaga minyak. Hakikatnya Muqtada Sadr ini sebagai pelakon tambahan kepada proksi Iran ditampilkan bagi menggambarkan kepada dunia kononya Muqtada Sadr yang sangat rapat kepada Iran kononya berseteru dengan tentera penceroboh. Muqtada Sadr dan ulama’-ulama’ Syiah Iraq yang lain disokong oleh Amerika sebenarnya tidak pernah bermusuh antara satu sama lain.

Kerjasama dengan Iran pasti menjadi keutamaan Amerika. Ia adalah jawapan utama Bush apabila disoal oleh media dan ucapan-ucapan beliau di kongres. katanya, Diplomasi adalah pilihan utama kita dalam berhadapan dengan Iran. Kata-kata ini telah lama dikumandangkan sejak isu nuklear tercetus disebalik kata-kata para jeneral perang yang ingin melaksanakan perang terhadap Iran. Terbaru, laporan akhbar Independent 13/4/2008, Robert Gates berkata – “tidak mungkin kami akan menyerang Iran”. Akhbar yang sama bertarikh yang sama telah mendedahkan betapa kerjasama antara kedua-dua negara secara rahsia telah berlaku di banyak tempat. .

Adalah menjadi perkara sangat pelik disebalik isu nuklear yang sangat besar nilai kesannnya kepada dunia dan keutamaannya kepada masyarakat dunia, kedua-dua negara sanggup ketepikannya demi keselamatan di Iraq.

Dari satu keadaan, kita timbulkan persoalan tidakkah ia memberi peluang kepada Iran menyiapkan dengan segera senjata nuklearnya sebelum Amerika menyerangnya atau bahasa kampungnya mengapakah bodohnya Amerika nak tunggu nuklear siap baru nak serang Iran bukankah mereka tidak ketahui yang membina senjata Iran itu ialah Russia dan China yang berfahaman komunis dan merupakan musuh tradisi mereka zaman berzaman. Penulis ada jawapan lain kebenarannya ialah ucapan Bush, Khalilzad dan Roberts Gates bahawa - Amerika tidak akan menyerang Iraq dan akan utamakan diplomasi ketika berhadapan dengan Iran.

justeru senjata nuklear Iran itu untuk siapa? Khalilzad berkata Amerika bersedia bekerjasama dengan Iran jika berlaku negara-negara Arab memulaukan Iran dalam isu berkaitan Iraq . Apakah senjata itu untuk negara-negara Arab ? Apakah penguasaan Syiah di Lubnan hari ini yang sedang bergolak menandakan titik mula penguasaan Amerika bersama Iran di Timur Tengah ? Wallahu A'lam !

No comments: