Pages

Tuesday, July 19, 2011

Panglima tentera AS di Afghanistan letak jawatan


pix_gal0


KABUL: Panglima tentera Amerika di Afghanistan, Jeneral David Petraeus (gambar) berundur daripada jawatannya semalam, seminggu selepas dua sekutu rapat Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dibunuh.

Petraeus, yang berkhidmat sebagai komander pasukan antarabangsa diketuai Amerika selama setahun, mendakwa mencapai beberapa kejayaan ke atas Taliban dengan tentera diketuai NATO menstabilkan beberapa bahagian selatan ketika pasukan keselamatan tempatan bersiap sedia untuk mengambil alih.

Jeneral itu berundur untuk mengetuai Agensi Perisikan Pusat (CIA). Satu upacara penyerahan jawatan kepada Leftenan Kolonel David Rodriguez diadakan pagi semalam.
Pengerusi Ketua Staf Bersama Amerika, Laksamana Mike Mullen, yang melawat Afghanistan dan bertemu Karzai kelmarin, juga dijangka menghadiri upacara berkenaan.

Perkhidmatan Petraeus di Afgh anistan terus menjadi persoalan ketika keganasan berterusan dan diburukkan lagi dengan pembunuhan mengejut dua sekutu Karzai di selatan, adik lelakinya Selasa lalu dan seorang penasihat kanan kelmarin.

Penyerang bersenjata membunuh penasihat kanan Jan Mohammad Khan, bekas gabenor wilayah selatan Uruzgan, dalam satu serbuan di rumahnya kelmarin, kata seorang pegawai kerajaan dan polis kepada AFP.

Pembunuhan itu hanya beberapa hari selepas adik tiri presiden Ahmed Wali Karzai ditembak mati oleh ketua keselamatan di rumahnya di wilayah selatan Kandahar. Taliban mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua pembunuhan terbabit. – AFP
Berita Harian Online | Panglima tentera AS di Afghanistan letak jawatan

No comments: