Pages

Tuesday, July 19, 2011

Cikgu berkelakuan pelik didakwa sakit jiwa

KUALA LUMPUR - Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Batu Caves yang didakwa sering memaki serta melakukan gangguan seksual terhadap murid-muridnya dipercayai mengalami gangguan mental.

Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit, Ramlan Suparman, pihaknya telah dimaklumkan bahawa guru itu mengalami masalah kesihatan dan mempunyai surat perakuan perubatan.

"Difahamkan guru tersebut ada masalah kesihatan dan ada surat doktor. Kami sudah bawa perkara ini untuk dibincangkan dengan pengurusan sekolah selepas laporan mengenai kejadian ini didedahkan dalam akhbar dan atas desakan ibu bapa yang tidak mahu anak mereka menjadi mangsa.

"Saya yakin tindakan sudah diambil oleh pihak sekolah namun, sebagai penjawat awam, mereka perlu mengambil tindakan berdasarkan prosedur dan tatacara yang ditetapkan," katanya ketika dihubungiKosmo! semalam.

Kosmo! pada Sabtu lalu mendedahkan mengenai tindakan pelik seorang guru yang didakwa melakukan gangguan seksual selain kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan tanpa sebab.

Kosmo! Online - Negara

No comments: