Pages

Tuesday, July 19, 2011

Najib temui Pope Benedict XVI



NAJIB ketika mengunjungi Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di Rom semalam.


ROM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Pertemuan Najib dengan Pope Benedict berlangsung sejurus ketibaannya di kediaman Pope itu yang terletak di hadapan tasik yang indah.

Selepas pertemuan peribadi itu, Najib memperkenalkan anggota rombongannya termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada Pope.

Najib kemudiannya menghadiahkan cenderamata kepada Pope iaitu sebuah buku bertajuk Najib dan sulaman songket yang dibingkaikan.

Perdana Menteri kemudiannya dibawa ke bilik berasingan bagi mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Kosmo! Online - Negara

2 comments:

Abu Idris said...

arrayah.info - Apa Perlunya Mohd Najib Bertemu Pope (Ketua Agama Kristian)?

Abu Hatim said...

Nak ambik restu....