Pages

Tuesday, July 19, 2011

Kereta isteri Putera William dilelong



SONNER BRAZIL bersama kereta yang pernah digunakan Kate Middleton.


LONDON - Sebuah kereta terpakai milik isteri Putera William, Kate Middleton gagal menarik sebarang bidaan selepas dua hari diiklankan untuk dilelong.

Kereta Volkswagen Golf 1.4 berwarna biru itu kini dijual menerusi laman lelong eBay dan ia pernah digunakan oleh Kate dan William semasa mereka belajar di Universiti St Andrews, Scotland.

Walaupun telah dibeli dengan harga £10,818 (RM52,511) di Edinburgh pada tahun 2001, pemilik sekarang, Sonner Brazil telah meletakkan harga £20,000 (RM97,072) kerana ia mempunyai sejarah.

Kereta itu hampir tidak digunakan sejak ia telah dijual oleh keluarga Kate.

Kate dan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain berkahwin pada April lalu.

Pendaftaran pertama pemilik kenderaan itu tertera nama Kate yang membelinya pada November 2011, beberapa bulan selepas dia dan William menjadi rakan. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: