Pages

Monday, June 13, 2011

Pembunuhan kejam tentera Syria cetuskan kemarahan

DAMSYIK: Laporan-laporan yang mengganggu perasaan mengenai kekejaman yang dilakukan semasa tentera Syria mengambil tindakan keras ke atas para pembantah, termasuk beberapa kenyataan daripada askar-askar yang berpaling tadah mengenai orang awam yang dibunuh beramai-ramai, mencetuskan kemarahan terbaru di kalangan masyarakat antarabangsa semalam.

Rakyat Syria yang melarikan diri daripada serangan tentera Presiden Bashar Al-Assad terhadap bandar- bandar di utara negara itu berkata askar-askar berkenaan membakar ladang dan melancarkan tembakan secara rambang.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, menyuarakan kebimbangannya terhadap perangkaan kematian, sementara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) menggesa Presiden Assad supaya membenarkan kehadiran pekerja bantuan bagi membantu meringankan krisis kemanusiaan itu.Sedang pembunuhan terus berlaku, rakyat Syria berkabung memperingati pembantah yang ditembak mati oleh askar-askar Encik Assad dalam protes-protes yang diadakan sebelum ini.Dianggarkan kira-kira 3,000 orang kelmarin berkabung di Latakia, sebuah bandar dekat kawasan pantai Syria, bagi upacara pengebumian pembantah yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan sehari sebelum itu.Di seluruh negara itu, 25 orang terbunuh Jumaat lalu, termasuk tiga di daerah Qabun di Damsyik, selepas para pembantah mengadakan demonstrasi selepas mengerjakan solat Jumaat, kata mereka lagi.Sedang perangkaan kematian bertambah, laporan-laporan terperinci timbul daripada beberapa orang pelarian yang melarikan diri ke Turkey berikutan kejadian pertumpahan darah di Jisr al-Shughur, sebuah bandar di barat laut Syria.Antara mereka termasuk beberapa askar Syria yang telah berpaling tadah. -- AFP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: