Pages

Monday, June 13, 2011

Syria lancar serangan di Jisr Al-Shughur


DAMSYIK: Televisyen Syria semalam melaporkan tentera negara itu bertempur dengan ‘kumpulan bersenjata’ di Jisr Al-Shughur.
“Tentera memasuki Jisr al-Shughur dan mengusir kumpulan bersenjata dari hospital di bandar itu.

“Pertempuran sengit pula berlaku antara tentera dengan kumpulan bersenjata yang berlindungi di sekitar bandar berkenaan,” menurut laporan televisyen berkenaan.

Ia juga berkata, tentera memasuki Jisr Al-Shughur selepas memusnahkan bahan letupan yang dipasang di jambatan dan jalan raya oleh kumpulan berkenaan.

Kumpulan hak asasi manusia mengesahkan pertempuran sengit dan letupan berlaku di bandar yang terletak di barat laut Syria itu.


Dua lelaki bersenjata dilapor terbunuh dan ramai lagi ditangkap sementara senjata mereka, termasuk mesingan dirampas.

Kumpulan hak asasi yang dihubungi menerusi telefon berkata, tentera kerajaan tiba dengan 200 kereta kebal dan dibantu oleh beberapa helikopter. - AFP
myMetro | Syria lancar serangan di Jisr Al-Shughur

No comments: