Pages

Monday, June 13, 2011

Pendakwa ICC harap rakyat tangkap Gaddafi


RAKYAT Libya yang memberontak mengepung  tentera yang setia kepada Gaddafi di kawasan pergunungan Qalaa di barat Libya, baru-baru ini.
RAKYAT Libya yang memberontak mengepung tentera yang setia kepada Gaddafi di kawasan pergunungan Qalaa di barat Libya, baru-baru ini.


MADRID: Pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Luis Moreno-Ocampo berkata beliau berharap pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan ditangkap rakyatnya sendiri dalam beberapa minggu lagi di atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Kami sangat berharap waran tangkap (untuk berdepan tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan) akan diserahkan kepada Gaddafi dan beliau akan ditangkap oleh rakyatnya,” katanya ketika memberitahu akhbar harian Sepanyol, El Mundo.
Moreno-Ocampo berkata beliau yakin panel hakim ICC akan membuat keputusan yang memihak kepada tangkapan Gaddafi dalam beberapa minggu lagi.
“Kami beranggapan Gaddafi akan ditangkap rakyatnya, iaitu anggota rejimnya sendiri dan jika bukan anggota rejimnya, mungkin ia akan dilakukan oleh pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan,” katanya.

Bulan lalu, pendakwa ICC itu berkata beliau berusaha mendapatkan waran tangkap terhadap tiga orang yang didakwanya bertanggung jawab terhadap jenayah kemanusiaan, iaitu Gaddafi, anaknya Seif Al-Islam dan ketua risik Libya, Abdallah Al-Senoussi.

Timbalan Menteri Luar Libya Khaled Kaaim, berkata Tripoli tidak bimbang terhadap keputusan ICC berikutan negara Arab itu bukan anggota Statut Rome yang menubuhkan mahkamah antarabangsa terbabit. – AFP Berita Harian Online | Pendakwa ICC harap rakyat tangkap Gaddafi

No comments: