Pages

Monday, June 13, 2011

AS biayai sistem Internet bayangan


WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat membiayai kewujudan sistem Internet ‘bayangan’ untuk membolehkan penentang di luar negara menangani penapisan kerajaan mereka.
Akhbar New York Times melaporkan, usaha itu termasuk cubaan mewujudkan rangkaian telefon bimbit bebas di negara asing.

Menurut laporan itu, Jabatan Negara membiayai rangkaian tanpa wayar itu yang membolehkan aktivis berkomunikasi di luar jangkauan kerajaan di negara seperti Iran, Syria dan Libya.

Ia juga membelanjakan kira-kira AS$50 juta (RM150 juta) untuk mewujudkan rangkaian telefon bimbit bebas di Afghanistan dengan menggunakan pencawang di pangkalan tenteranya di negara itu. - AP
myMetro | AS biayai sistem Internet bayangan

No comments: