Pages

Monday, September 13, 2010

Israel minta diiktiraf



SEJUMLAH penduduk Palestin bersolat Hari Raya Aidilfitri di pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada Jumaat lalu.


BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (gambar) semalam meminta penduduk Palestin mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu.
Menurutnya, pengiktirafan itu perlu sebagai batu asas untuk keamanan dan beliau kesal kerana penduduk Palestin masih enggan untuk mengiktiraf negara Israel.
"Batu asas negara Israel ialah ia merupakan negara untuk penduduk Yahudi," kata Netanyahu pada permulaan mesyuarat mingguan Kabinet.
"Ia merupakan asas yang sebenar tuntutan dari negara Israel dan penamat konflik antara kedua-dua penduduk," jelasnya.
Perunding veteran Palestin, Nabil Shaath berkata, Israel menggunakan tuntutan itu sebagai alasan untuk menafikan hak memulangkan semulan kem-kem pelarian Palestin.
Menurutnya, alasan itu turut digunakan untuk menangguhkan hak sepenuhnya penduduk Palestin yang menjadi rakyat Israel.
Tuntutan itu akan dikemukakan sekali lagi apabila Netanyahu menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam mesyuarat mereka yang pertama kali di rantau tersebut selepas satu rundingan damai mengenai Asia Barat diadakan di White House, Washington pada awal bulan ini. - AP

No comments: