Pages

Monday, September 13, 2010

Enggan AS jadi 'Mekah Baru'


NEW YORK 12 Sept. - Ahli Parlimen anti-Islam Belanda, Geert Wilders memberitahu beribu-ribu penunjuk perasaan yang membantah rancangan pembinaan masjid berhampiran Ground Zero bahawa, sudah tiba masanya bagi rakyat Amerika Syarikat (AS) menyatakan pendirian mereka.
"Inilah masanya untuk kita menetapkan sempadannya. Amerika, New York dan undang-undang syariah Islam tidak serasi.
"New York berpegang kepada kebebasan. Itulah sebabnya kita berada di sini hari ini bagi menetapkan sempadan di tapak suci ini.
"Kami berada di sini atas semangat pengasas kami, kami berada di sini hari ini atas semangat kebebasan. Kami tidak akan memberikan peluang kepada mana-mana pihak yang mahu menguasai kami.
"Sempadan perlu ditetapkan supaya New York tidak akan menjadi Mekah Baru," katanya.
Ahli politik Belanda yang menyifatkan Islam sebagai fasis dan mahu menghentikan penghijrahan penganut Islam serta pembinaan masjid tersebut, meninggalkan rundingan awal bulan ini bagi membentuk satu kerajaan campuran berhaluan kanan di Belanda.
Keselamatan beliau terpaksa dikawal 24 jam sejak 2004, selepas menerima ugutan bunuh berikutan kepercayaan radikalnya.
Wilders hadir ke perhimpunan New York sempena ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2011, yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas dirempuh dua pesawat yang dirampas militan al-Qaeda.
Turut hadir ialah bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Bolton dan pengacara rancangan temu bual radio ultra-konservatif, Mike Gallagher. - AFP

No comments: