Pages

Monday, September 13, 2010

Thaksin nafi mahu balas dendam




2010/09/12

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand dalam buruan, Thaksin Shinawatra, menafikan beliau merancang untuk membalas dendam ke atas lawan politiknya di tanah air tetapi turut menekankan bahawa beliau ‘tidak akan berbaik-baik dengan sesiapa.’ 

Bekas pemimpin itu juga memberi amaran jika kerajaan dan penentangnya tidak berhenti daripada meneruskan pertentangan, kedua-dua pihak akan rugi, lapor akhbar Matichon.Thaksin memberi pandangan dalam satu temu ramah selepas beliau menelefon akhbar itu Jumaat lalu dan bercakap mengenai isu perpaduan dan Parti Pheu Thai.
“Jangan bimbang kerana saya tidak berfikir untuk membalas dendam. Jauh di sudut hati, saya percaya, perpaduan adalah satu agenda yang hebat. 

“Saya tidak fikir mengenai balas dendam. Saya tidak mempunyai perasaan benci kepada sesiapa. Namun saya tidak akan mengampu sesiapa,” katanya. 

Ditanya jika beliau mahukan penyatuan, mengapa beliau tidak menghentikan satu pergerakan politik yang dilihat meletakkan negara dalam bahaya, Thaksin bertanya mengapa ‘gangguan ke atasnya’ tidak dihentikan. 

Thaksin menolak kritikan bahawa Parti Pheu Thai dalam perjalanan menuju perpecahan dengan ahli Parlimen membelot kepada parti lain. 
“Mari tunggu dan lihat bila pilihan raya diadakan. Parti itu memecat dua Ahli Parlimen, tetapi itu tidak bermakna Phue Thai menuju kehancuran.” 

Beliau juga menafikan tidak sihat. “Apabila orang tidak sukakan antara satu sama lain, mereka boleh katakan apa saja namun saya memaafkan mereka,” katanya. – Agensi 

No comments: