Pages

Monday, September 13, 2010

Waris Tok Nai Din, Hashim berkumpul


Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my
2010/09/12


SEBAHAGIAN dari 350 anggota keluarga Penghulu Hashim berkumpul di dewan Tenaga Nasional sempena majlis perjumpaan Aidilfitri.
SEBAHAGIAN dari 350 anggota keluarga Penghulu Hashim berkumpul di dewan Tenaga Nasional sempena majlis perjumpaan Aidilfitri.

1,000 ahli keluarga bertemu di Kuala Kedah, Mergong 


ALOR SETAR: Sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna kepada kira-kira 1,000 keturunan daripada susur-galur keluarga Tok Nai Din dan Penghulu Hashim apabila masing-masing menganjurkan pertemuan keluarga di Kuala Kedah dan Mergong di sini, kelmarin.Kira-kira 700 waris daripada keluarga Tok Nai Din dan lebih 300 keluarga Penghulu Hashim berhimpun di pekarangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Kedah dan Dewan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mergong di sini, bermula jam 10 pagi.
Pengerusi Perjumpaan Keluarga Tok Nai Din, Sheikh Alauddin Sheikh Abu Bakar, berkata ini perjumpaan kali ke-37 yang diadakan sejak 1974 membabitkan generasi ke-11 keluarga berkenaan. 

Beliau berkata, program itu dianjurkan sempena sambutan Aidilfitri kerana waktu itu disifatkan bersesuaian bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. 

"Tetamu yang hadir adalah daripada keturunan keluarga Tok Nai Din di seluruh negara. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan persaudaraan selain mengenali antara satu sama terutama kepada generasi muda. 

"Setiap kali program perjumpaan seumpama ini dianjurkan, sambutannya sangat menggalakkan dan tetamu yang datang bukan saja dari sekitar Kedah tetapi seluruh negara," katanya ketika di temui di sini, kelmarin. 
Sheikh Alauddin yang juga Kadi Daerah Kota Star berkata, ketika ini dianggarkan lebih 3,000 waris daripada keluarga Tok Nai Din dipercayai berada di seluruh negara. 

Beliau berkata, usaha sedang dilakukan untuk mengumpul maklumat mengenai salasilah dan sejarah keluarga berkenaan untuk memudahkan pertemuan seumpama ini dianjurkan oleh generasi baru keluarga Tok Nai Din. 

Sementara itu, kira-kira 300 waris keluarga Penghulu Hashim juga berhimpun memeriahkan majlis pertemuan keluarga yang membabitkan empat generasi. 

Jurucakapnya, Datuk Rokiah Hashim, berkata perhimpunan itu diadakan dua tahun sekali bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan waris Penghulu Hashim yang mempunyai 26 anak iaitu 12 lelaki dan 14 perempuan. 

“Perhimpunan keluarga Penghulu Hashim diadakan sejak 1990 dengan keahlian anggota keluarga pada masa itu lebih 200 orang dan ketika ini sudah melebihi 600 orang,'' katanya. 

Rokiah berkata, Penghulu Hashim itu adalah bapanya, Md Hashim Saad iaitu seorang penghulu di Mukim Tebengau di sini pada sekitar tahun 70-an. 

Katanya, Md Hashim juga adalah bekas Timbalan Penghulu dan Penggawa Malaysia serta Yang Dipertua Penghulu Kedah. 

"Bapa saya meninggal dunia pada 6 Mei 1986 pada usia 72 tahun kerana sakit jantung," katanya. 

No comments: