Pages

Monday, September 13, 2010

Misteri Kehilangan Sosilawati: Nash terkejut, sedih tragedi menimpa bekas isteri





2010/09/12

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut dan terkilan apabila membaca akhbar pagi tadi (semalam) mengenai penemuan mayat rentung itu, tetapi saya tetap berdoa mayat terbabit bukan dia,” kata penyanyi dan bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, Nasharuddin Elias atau Nash, 50. 

Beliau bertambah terkejut dan sedih apabila dimaklumkan mayat itu disahkan polis sebagai mayat Sosilawati.Nash menyifatkan bekas isterinya itu baik dan tidak mempunyai musuh ketika bergelar suami isteri.
“Saya dapat tahu mengenai penemuan mayat itu semasa baca akhbar sebelum bertolak ke Sabah pagi tadi (semalam) dan tidak menduga itu mayat beliau,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Katanya, ketika berita mengenai kehilangan Sosilawati disiarkan di akhbar, beliau ada menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui perkembangannya, namun panggilannya tidak dijawab. 

Nash berkata, mangsa mempunyai hubungan baik dengan keluarganya, namun selepas bercerai sejak 26 Mei tahun lalu, mereka tidak berhubung lagi. 

Sementara itu, suami Sosilawati ketika dihubungi Berita Harian berkata, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan buat masa ini, selagi keputusan ujian atau bukti di tempat kejadian belum mengesahkan mangsa adalah isterinya. 
Dengan nada sugul, beliau menganggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah dan menerima dengan reda sekiranya seorang mangsa terbabit ialah isterinya. 

Bagaimanapun, beliau yang juga seorang ahli perniagaan warga Indonesia dan berusia lingkungan 40-an meminta identitinya tidak didedahkan kepada umum. 

No comments: