Pages

Monday, September 13, 2010

'Gay' minta suaka politik AS




2010/09/12

WASHINGTON: Seorang diplomat Arab Saudi yang mengaku dirinya ‘gay’ dan menjalin hubungan dengan wanita Yahudi, memohon suaka politik di Amerika Syarikat kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke tanah air, lapor NBC News, kelmarin. 

Diplomat itu, Ali Ahmad Asseri, setiausaha pertama konsulat Saudi di Los Angeles, dilaporkan memberitahu pihak berkuasa persekutuan Amerika bahawa kerajaannya enggan memperbaharui pasport diplomatiknya dan membatalkan tugasnya selepas mereka mendapati dia ‘gay’ dan ada hubungan dengan seorang wanita Yahudi.“Nyawa saya dalam bahaya jika saya kembali ke Arab Saudi. Mereka akan bunuh saya secara terbuka,” kata Asseri menerusi emel kepada NBC News.
Asseri mengutuk ‘kekolotan’ negaranya serta peranan ‘imam militan’ yang “merosakkan toleransi Islam dalam suratnya kepada laman web di Arab Saudi,” lapor NBC News. – AFP 

No comments: