Pages

Thursday, June 14, 2012

Rusia tuduh AS bekal senjata kepada pemberontak Syria

TEHERAN 14 Jun - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov semalam menuduh Amerika Syarikat (AS) membekalkan senjata kepada pemberontak Syria, sekali gus memburukkan lagi konflik di negara tersebut.
Lavrov berkata, Rusia sebelum ini membekalkan sistem pertahanan udara kepada Damsyik menerusi satu perjanjian yang sah mengikut undang-undang antarabangsa.
“Perbezaaan yang dilakukan oleh AS ialah negara Barat itu membekalkan senjata kepada kumpulan penentang yang menggunakannya untuk berperang dengan tentera kerajaan," katanya. - AFP

No comments: