Pages

Thursday, June 14, 2012

Mangsa serangan kanibal kian pulih

WAJAH asal Poppo (kiri) dan keadaannya selepas dirawat di hospital.
WAJAH asal Poppo (kiri) dan keadaannya selepas dirawat di hospital.
MIAMI: Seorang lelaki merempat yang cedera 80 peratus mukanya akibat diserang di pinggir lebuh raya baru-baru ini, kini “sedar dan bertindak balas,” kata doktor di Pusat Trauma Hospital Peringatan Jackson.
Sekeping gambar ditunjuk kepada media semalam menampakkan Ronald Poppo berjalan dengan bantuan kakitangan hospital.

Mata kiri Poppo terpaksa dibuang dan doktor berharap mata kanannya kembali berfungsi walaupun cedera parah dalam serangan itu.
Pakar bedah trauma Universiti Miami, Nicholas Namias, berkata Poppo semakin pulih dan muka mengambil makanan.

“Dia menjalani terapi fizikal dan mula bercakap dengan kami,” katanya.

Gambar dikeluarkan hospital itu pula menunjukkan dua per tiga bahagian atas muka Poppo berjahit, selain kehilangan hidungnya.
Kedua-dua soket matanya ditampal, masing-masing dengan kain kasa dan kulit dari bahagian lain badannya.

Doktor berkata, dada Poppo juga berlubang dipercayai cedera akibat peluru ditembak polis ketika mereka berdepan dengan penyerangnya.
Poppo dirawat di hospital itu sejak diselamatkan daripada serangan Rudy Eugene pada 26 Mei lalu.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Eugene menanggalkan pakaian Poppo sebelum membelasahnya.

Eugene juga menggigit dan mengunyah cebisan daging muka Poppo.

Eugene akhirnya ditembak mati selepas enggan menyerah kepada polis. - DM

No comments: