Pages

Thursday, June 14, 2012

Damsyik nafi berlaku perang saudara

BEIRUT: Kementerian Luar Syria semalam menyangkal kenyataan Ketua Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Herve Ladsous bahawa Syria kini dilanda perang saudara.
“Kenyataan mengenai perang saudara di Syria tidak selari dengan apa yang sebenarnya berlaku di negara ini. “Apa yang berlaku di Syria adalah perang terhadap kumpulan bersenjata yang memilih keganasan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu seperti yang dipetik oleh agensi berita kerajaan, SANA.

Ladsous kelmarin berkata konflik 15 bulan di Syria, yang bermula dengan bantahan secara aman terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad bertukar menjadi perang saudara dengan Damsyik cuba menawan semula sebilangan besar wilayah yang dikuasai pembangkang.
Bagaimanapun, Damsyik melihat konflik itu yang disokong pihak asing sebagai usaha menggulingkan Bashar. - Reuters

No comments: