Pages

Sunday, May 27, 2012

Keseronokan bertukar duka

Keseronokan bertukar duka
Mayat mangsa yang ditemui mati lemas di kawasan perkelahan Tasik Puteri Bukit Besi,
dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
DUNGUN– Kegembiraan sekumpulan belia berkelah dan mandi-manda di kawasan air terjun dekat sini bertukar menjadi igauan ngeri apabila salah seorang daripada mereka ditemui mati lemas.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohd Harafi Che Yahusof, 20, sedang mandi bersama beberapa rakannya di air terjun Tasik Puteri, dekat sini.
Menurut sumber, mangsa yang dikatakan terjun ke dalam takungan air itu dan tidak timbul-timbul menyebabkan rakan mangsa yang berada di kawasan berdekatan panik sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Sepasukan anggota penyelamat terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta bomba tiba di lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Setelah satu jam operasi berkenaan dilakukan, mayat mangsa yang bekerja sebagai buruh di syarikat pembersihan ditemui dan dipercayai tersangkut di bawah batu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Udang itu disebabkan lemas.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

No comments: