Pages

Sunday, May 27, 2012

CEO Apple tolak dividen RM225 juta

Tim Cook
Tim Cook
SAN FRANCISCO - Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook secara sukarela memutuskan untuk menolak dividen dalam bentuk lebih sejuta saham, yang nilainya dianggarkan sekitar AS$75 juta (RM225 juta).

Dalam satu notis difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS kelmarin, Apple berkata, Cook meminta agar beliau dikecualikan daripada satu program baru diperkenalkan oleh syarikat itu.

Di bawah program itu, pekerja-pekerja Apple boleh mengumpulkan dividen ke atas unit-unit saham terhad yang masih dipegang oleh mereka.

Laporan Reuters menyebut Apple enggan menyebut sebab Cook memutuskan sedemikian.

"Atas permintaan Cook, saham-saham terhadnya tidak akan sertai bayaran dividen," kata kenyataan Apple.

Cook, yang mengambil alih jawatan Ketua Eksekutif selepas kematian Steve Jobs pada Ogos lalu, mempunyai 1.125 juta saham terhad.

Firma teknologi itu memutuskan untuk membayar dividen RM2.65 sesham mulai Julai ini, kali pertama Apple mengisytiharkan dividen.

Laporan akhbar baru-baru ini menyebut Cook merupakan ketua eksekutif yang menerima gaji terbaik di AS dengan pendapatan melebihi AS$300 juta (RM900 juta).

No comments: