Pages

Sunday, May 27, 2012

Obama pernah reka teknik hisap ganja

WASHINGTON: Sebuah buku baru yang membongkar kehidupan waktu remaja Barack Obama mendedahkan kegiatan menghisap ganja Presiden Amerika Syarikat itu ketika berada di sekolah menengah pada 1970-an.
Ia menceritakan bagaimana Obama yang berusia belasan tahun ketika itu dan rakannya, membentuk ‘The Coom Gang,’ yang bererti menghisap ganja.

Menurut buku berjudul ‘Barack Obama: The Story,’ itu, Obama mencipta teknik menghisap ganja dan menaiki kereta yang dipanggil Choomwagon.
Penulisnya, David Maraniss menggunakan nama Barry untuk merujuk kepada Obama dan mendakwa, presiden itu dikenali pada zaman remajanya kerana memulakan beberapa teknik menghisap ganja. Menurut Maraniss, Obama dan rakannya akan menutup semua tingkap kereta ketika menghisap ganja dalam kenderaan kerana tidak mahu membazir. “Mereka mahu menikmati asap ganja itu,” tulis Maraniss.

Obama dikatakan melakukan kegiatan itu ketika belajar di Sekolah Punahou di Honolulu, Hawaii dan Kolej Occidental di Los Angeles.

Ini bukan kali pertama Obama dikaitkan dengan ganja. Pada 1995, dalam buku kisah hidupnya, ‘Dreams from My Father,’ Obama mengaku menghisap ganja.- DM

No comments: