Pages

Wednesday, September 7, 2011

Bapa, anak maut dalam kemalangan babitkan dua lori di LPT

KUANTAN: Dua beranak maut selepas lori yang mereka naiki merempuh sebuah lori lain dalam satu kemalangan di Kilometer 194.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha, berkata mangsa yang maut ialah pemandu lori terbabit, Tukiran Abd Raub, 50, dan anaknya yang juga kelindan, Niszriewan Tukiran, 22, dari Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau berkata, ketika kejadian pada 3 pagi itu, dua beranak terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.
Katanya, setibanya di tempat kejadian, lori tanki tanpa muatan yang dipandu Tukiran dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori dengan muatan bijih besi dari arah sama.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam lori sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat manakala pemandu lori membawa muatan bijih besi tidak mengalami kecederaan. - BERNAMA 

No comments: