Pages

Wednesday, September 7, 2011

Pemberontak rancang memasuki Bani Walid

DUBAI 6 Sept. - Kumpulan pemberontak Libya merancang memasuki bandar Bani Walid yang merupakan kubu Gaddafi, hari ini selepas mencapai persetujuan dengan wakil bandar di padang pasir itu bagi mengelakkan berlaku pertempuran.
Stesen televisyen Al-Jazeera memetik tentera anti-Gaddafi sebagai berkata, anggota-anggota pemberontak dijangka memasuki bandar itu selepas persetujuan ditandatangani, dijangka tengah hari ini.
Bani Walid, 150 kilometer ke selatan Tripoli, enggan tunduk kepada tentera yang setia kepada pentadbiran pemberontak, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Persetujuan itu akhirnya dicapai pada awal pagi ini, selepas sebilangan penyokong Gaddafi meninggalkan bandar itu, lapor Al-Jazeera.
Memandangkan pejuang anti-Gaddafi sudah mengepung Bani Walid sejak beberapa hari lalu, konfrontasi itu dilihat sebagai petanda penting mengenai keupayaan NTC untuk mengetepikan perbalahan antara kabilah dan merundingkan penyerahan kuasa secara aman.
Bani Walid ialah kubu kuat bagi kabilah Warfalla yang mempunyai kira-kira sejuta anggota, yang masih setia kepada rejim Gaddafi yang ditumbangkan.
Sementara itu jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim memberitahu stesen televisyen Al Rai di Damsyik, Gaddafi dalam keadaan 'cukup sihat dan beliau masih berkuasa'.
"Kami akan terus berjuang sehingga beroleh kemenangan," kata Ibrahim yang dipercayai berada di kawasan Bani Walid.
Sementara itu, pasukan tentera rejim baru Libya melucut senjata kabilah yang pro-Gaddafi di Sirte dan merampas kira-kira 150 senjata ringan.
Rampasan itu dibuat oleh Briged Zintan yang berada di barisan depan di daerah Umm Khunfis, 100 kilometer dari timur bandar Sirte. - Reuters/dpa

2 comments:

mcm ni lah said...

jom terjah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
tajuk utama hari ini.
rumah terbakar disyaki angkara janda.
pondan natasya gagal bawa lari kekasih yg disimbah asid.
bas disamun sejurus kemalangan.
keputusan piala malaysia,
dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi di blog saya jom le pakat2 ramai2 terjah ke blog sy.

Abu Hatim said...

ziarah menziarah....
sama saja ceritanya macam cacamarba juga..he he..