Pages

Wednesday, September 7, 2011

Wanita Australia ditawar kahwin lelaki China

CANBERRA: Ramai wanita Australia menerima tawaran hingga A$60,000 (RM188,782) bagi mengahwini lelaki China yang terlalu terdesak untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Melody Chan yang bekerja dengan syarikat bernama Top One Consultancy Services, satu daripada kebanyakan agensi yang merekrut bakal pengantin wanita untuk dijodohkan dengan lelaki China melalui halaman internet berkata, bahawa harga yang ditawarkan bermula dari A$70,000 (RM220,246).
“Harga boleh mencecah hingga A$80,000 (RM251,709) hingga A$100,000 (RM314,637) bagi wanita berketurunan China, bergantung kepada kebolehan mereka berbahasa Mandarin, katanya.
Berdasarkan telegraph.com.au, perkhidmatan berkenaan yang diiklankan dalam laman web berbahasa China paling popular di Australia menyasarkan pelajar yang mahu tinggal di negara itu selepas menamatkan pengajian mereka.

Chan juga mendedahkan pengantin perempuan yang berhadapan dengan hukuman penjara jika ditangkap boleh meraih separuh daripada harga berkenaan.

Beliau berkata, pengantin wanita dijual kepada perkahwinan palsu bernilai A$70,000 akan menerima A$5000 dolar pada hari perkahwinan dan sejumlah A$15,000 lagi selepas temu duga pertama dengan Jabatan Imigresen kira-kira sembilan bulan selepas berkahwin.

“Apa yang anda perlu lakukan ialah melalui majlis perkahwinan, mengambil gambar, membuka akaun bersama dan menukar alamat,” katanya.
“Kami mengadakan satu perjanjian, pelanggan akan memiliki dokumen perjanjian mereka sendiri. Difahamkan wanita berketurunan China mampu memperoleh sehingga A$60,000,” katanya. – Agensi 

No comments: