Pages

Monday, August 22, 2011

Pemberontak Libya gempur Tripoli pertama kali

TERUS MARA: Para pemberontak mencari perlindungan dalam pertempuran dengan pasukan pemerintah berdekatan hutan Gadayen, ke utara Tripoli, semalam. -- Foto AFP
TRIPOLI: Para pemberontak Libya berkata mereka telah melancarkan serangan pertama ke atas ibu kota Tripoli dengan sokongan jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), lewat kelmarin.
Serangan itu dilancarkan selang beberapa jam selepas pemberontak menawan bandar utama Zawiya, yang terletak berdekatan.Bandar Zawiya, yang didiami 200,000 penduduk, merupakan kubu terakhir yang perlu ditawan oleh pemberontak sebelum mereka mara ke Tripoli dari arah barat.Menurut ketua majlis kepimpinan pemberontak, Encik Mustafa Abdel-Jalil, pihaknya memilih melancarkan serangan itu semasa bulan Ramadan sempena Perang Badar.Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan pada tahun kedua Hijrah dan disertai tentera Islam yang buat pertama kali menentang puak Quraisy dari Makkah.'Kami telah berhubungan dengan mereka yang rapat dengan Gaddafi. Semua bukti menunjukkan konflik ini hampir berakhir. Insya-Allah,' katanya mengenai serangan pertama ke atas Tripoli sejak pemberontakan bermula enam bulan lalu.Membidas serangan itu, pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, berkata para pemberontak merupakan pembelot dan 'binatang perosak' yang telah memecah-belahkan negara itu.'Rakyat Libya mahu menikmati bulan Ramadan yang aman. Sebaliknya, mereka terpaksa menjadi pelarian,' katanya dalam rakaman audio yang telah disiarkan melalui saluran televisyen setempat.Beliau turut menuduh Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, merekrut pemberontak sebagai 'ejen' mencuri sumber minyak Libya yang banyak 'untuk memenangi pilihan raya akan datang'.'Namun, rakyat Libya tidak akan membenarkan Perancis mengambil sumber minyak ini atau melepaskan Libya ke tangan pembelot,' tegas Encik Gaddafi.Turut mengecam serangan itu ialah anak lelaki Encik Gaddafi, Encik Seif Al-Islam, yang berkata rejim pemerintah tidak akan menyerah kalah.'Kami akan bertahan selama enam bulan, setahun, dua tahun... dan kami akan menang. Kami tidak akan menyerah kalah, kami tidak akan meninggalkan perjuangan ini. Ini bukan keputusan Seif Al-Islam atau Gaddafi tetapi keputusan rakyat Libya,' kata beliau.Beliau turut menggesa para pemberontak agar memulakan rundingan dengan pemerintah.'Jika anda mahukan keamanan, kami sudah bersedia,' katanya.Menurut saksi, empat letupan kuat telah menggegarkan Tripoli awal pagi semalam.Pertempuran turut dilaporkan di beberapa kawasan di antara para pemberontak dengan penyokong Encik Gaddafi.Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Jeffrey Feltman, yang melawat kubu kuat pemberontak di Benghazi, kelmarin berkata:'Gaddafi tidak akan dapat bertahan lama. Sewajarnya, Gaddafi berundur sekarang... itu perlindungan terbaik untuk rakyat biasa.'Menteri Pejabat Luar Britain, Encik Alistair Burt, pula berkata konflik di Libya telah memasuki 'fasa penting yang luar biasa'.Namun, beliau akur adalah sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku selanjutnya.'Apa yang jelas ialah pemberontakan di Tripoli... telah bermula,' kata Encik Burt.Meskipun media Barat meramalkan pemerintahan Encik Gaddafi yang selama 41 tahun bakal tumbang tidak lama lagi, pegawai rejim itu bagaimanapun tetap menafikannya.Jurucakap pemerintah Libya, Encik Mussa Ibrahim, awal semalam berkata pemberontakan di Tripoli telah dapat ditumpaskan dan keadaan kini terkawal. -- AP, AFP, Reuters.cyberita

No comments: