Pages

Monday, August 22, 2011

Pemberontak tiba di Dataran Hijau Tripoli

NICOSIA: Pemberontak Libya tiba di Dataran Hijau di tengah Tripoli, menurut Sky News yang menunjukkan orang ramai berkumpul di situ.

Ramai pemuda mengibarkan bendera merah, hitam dan hijau milik pasukan antikerajaan dan bersorak dan menari sambil bertakbir dan melepaskan tembakan ke udara.
Ramai yang menunjuk isyarat jari keamanan sambil menjerit "beritahu Muammar dan anak lelakinya bahawa Libya mempunyai anak jantan". - AFP, bharian

No comments: