Pages

Tuesday, August 30, 2011

Gaddafi masih jadi ancaman

DOHA: Muammar Gaddafi yang tidak kelihatan sejak pemberontak menawan ibu negara Libya, Tripoli, sejak seminggu lalu, masih menjadi ancaman kepada negara itu dan juga dunia.
Bercakap di mesyuarat menteri pertahanan negara yang menyokong kebangkitan menentang pemerintahan Gaddafi di Doha, Qatar, semalam, Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (MTC), Mustafa Abdel Jalil menggesa supaya Nato terus menyokong kumpulan itu.

“Saya minta supaya Nato meneruskan melindungi kami daripada penjahat itu,” kata Mustafa.

NTC yang memburu Gaddafi dan melancarkan usaha untuk menawan bandar kelahiran bekas pemimpin Libya itu di Sirte, timur Tripoli berkata, mereka tidak mempunyai maklumat mengenai kedudukan Gaddafi.

Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$1.3 juta (RM3.9 juta) dan kekebalan daripada didakwa kepada sesiapa yang membunuh atau menangkap bekas pemimpin terbabit.

Dalam pada itu, kumpulan pemberontak mara ke bandar Sirte dari timur dan barat semalam ketika bersiap sedia untuk melancarkan serangan habis-habisan. Sirte menjadi kubu paling kuat Gaddafi selepas pemberontak menawan Tripoli dan menguasai ibu pejabatnya, Bab al-Aziziya.


Pertempuran sengit turut meletus di Barat ketika pemberontak yang cuba menguasai wilayah berkenaan daripada tentera Gaddafi berkata mereka menjadi mangsa serang hendap di bandar Zuwarah.

Tentera pemberontak mara kira-kira 30 kilometer dari Sirte dari arah barat dan menawan Bin Jawad, 100 kilometer ke tmur. — Reuters, bharian

No comments: