Pages

Tuesday, August 30, 2011

Pengangkutan awam AS tergendala

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Sistem penerbangan, kereta api dan pengangkutan lain di sepanjang pantai timur AS yang dibadai Taufan Irene kini bergelut untuk memulihkan operasi.
Beberapa pegawai berkata, kebanyakan sistem pengangkutan awam hanya akan dapat beroperasi paling awal pada hari ini.
Banjir, kerosakan akibat angin kuat dan terputus bekalan elektrik akibat Taufan Irene menyukarkan usaha untuk memulihkan sistem pengangkutan yang digunakan oleh puluhan juta orang di rantau berkenaan.
Situasi di negeri New York juga dilihat sukar selepas banyak laluan kereta api bawah tanah dan lapangan terbang ditutup kerana mengalami kerosakan.
Namun, beberapa laluan kereta serta lapangan terbang di New York termasuk Lapangan Terbang John F Kennedy, LaGuardia dan Newark dijadual dibuka mulai semalam.
Tiga lapangan terbang itu mengendalikan sekitar 6,000 penerbangan setiap hari.
Taufan Irene yang kini bergerak ke bandar raya ini, Philadelphia dan Boston menyebabkan lebih 12,000 penerbangan dibatalkan sejak Jumaat lalu apabila ia mula membadai pantai timur AS.
“Kami memerlukan lebih masa untuk menguruskan pesawat-pesawat yang ada dan berharap sebahagian lapangan terbang boleh digunakan hari ini (semalam),” kata seorang jurucakap syarikat penerbangan US Airways.
Taufan Irene yang bertiup selaju 120 kilometer sejam telah meragut lebih 10 nyawa dan menyebabkan lebih 2 juta kediaman terputus bekalan elektrik
– Reuters, kosmo

No comments: