Pages

Tuesday, August 30, 2011

28 terbunuh dalam serangan ke atas masjid di Baghdad

BAGHDAD: Seorang pengebom berani mati membunuh 28 orang termasuk seorang ahli Parlimen dan menyebabkan 37 lagi cedera di sebuah masjid Sunni di barat negara berkenaan awal pagi semalam.

"Pengebom itu memasuki masjid Umm al-Qura dan meletupkan dirinya menyebabkan 28 orang mati dan 37 mengalami kecederaan," kata pegawai.
Antara yang terkorban ialah Ahli Parlimen Wilayah Anbar, Khaled al-Fahdawi, iaitu sekutu Iraqiya yang disokong Sunni.
Warga emas dan kanak-kanak adalah antara yang mengalami kecederaan. - AFP , bharian

No comments: