Pages

Tuesday, August 30, 2011

Bayi dua bulan maut dipercayai didera pengasuh

KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia dua bulan maut dipercayai didera pengasuhnya di pangsapuri Indah Court, PJS 11/7 Bandar Sunway, Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Mangsa yang dijaga pengasuh warga Indonesia itu sejak sebulan lalu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin selepas dimasukkan ke hospital sejak Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan, berkata pengasuh terbabit menghubungi ibu bapa mangsa pada pagi Sabtu lalu dan memaklumkan anak mereka terjatuh dan berada dalam keadaan lemah.

“Ibu bapa mangsa bergegas mengambil anak mereka dan membawa ke PPUM. Hasil pemeriksaan, doktor mendapati mangsa dipercayai didera berikutan pendarahan dalam otak dan ada beberapa kesan dera pada mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis menahan pengasuh terbabit kira-kira jam 3 pagi itu kelmarin dan direman enam hari sehingga 3 September ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.hmetro

No comments: