Pages

Monday, March 28, 2011

Ras Lanuf tumbang



SEMAKIN MARA...seorang pejuang pemberontak berjalan dalam kawasan terminal petroleum yang ditawan mereka di Zueitina, 850 kilometer di timur Tripoli, semalam.
SEMAKIN MARA...seorang pejuang pemberontak berjalan dalam kawasan terminal petroleum yang ditawan mereka di Zueitina, 850 kilometer di timur Tripoli, semalam.



SUKAR DIKENALI...sebahagian daripada mayat tentera Gaddafi yang rentung diangkut dengan lori ketika pasukan keselamatan meninggalkan bandar Ajdabiya di timur Libya, semalam.
SUKAR DIKENALI...sebahagian daripada mayat tentera Gaddafi yang rentung diangkut dengan lori ketika pasukan keselamatan meninggalkan bandar Ajdabiya di timur Libya, semalam.


RAS LANUF: Sebuah lagi bandar jatuh ke tangan pejuang pemberontak semalam dan mereka dilaporkan terus mara ke arah barat sambil menghambat tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi.
Menurut saksi, keseluruhan bandar Ras Lanuf kini dikuasai pemberontak.


“Semua pos pemeriksaan kini dikendalikan pemberontak,” katanya.
Ras Lanuf terletak 370 kilometer di barat kubu kuat pemberontak, Benghazi, dan 210 kilometer dari Ajdabiya - bandar pertama ditawan daripada tentera Gaddafi sejak Libya diserang tentera Bersekutu.


Terdahulu, wartawan turut mengesahkan pejuang pemberontak menawan satu lagi bandar petroleum yang strategik, Brega, yang terletak berhampiran pantai di antara Benghazi dan Tripoli.


Tiada sebarang tanda kerosakan besar pada kemudahan petroleum di Ras Lanuf yang sebelum ini dikuasai tentera Gaddafi pada 12 Mac lalu.
Saksi berkata, senjata ditinggalkan di atas jalan dan sesetengah bangunan rosak - membayangkan tentera Gaddafi kini berundur ke barat menuju tempat lahir pemimpin Libya itu, Sirte.


“Pemberontak nampaknya kini menguasai seluruh timur Libya, manakala tentera kerajaan berundur dari Ras Lanuf,” katanya.
Menurut saksi terbabit, pelbagai kenderaan membawa pejuang pemberontak menuju bandar berkenaan.


Bagaimanapun, tanpa kelengkapan berat seperti kereta kebal, mereka dijangka sukar mempertahankan bandar itu jika diserang tentera sekali lagi.


Sementara itu, pemberontak meraikan kejayaan menawan Ras Lanuf dengan melepaskan tembakan ke udara, termasuk menggunakan grenad.


Seorang daripada mereka, Attia Hamad, 34, berkata pada peringkat awal tentera kerajaan memberi sedikit tentangan ketika pemberontak mara ke bandar itu subuh semalam.


“Akhirnya tentera berundur dan meninggalkan sesetengah rakan mereka,” katanya. - AFP

No comments: