Video selama kira-kira satu setengah minit itu menunjukkan kanak-kanak bernama Alexis berumur 11 tahun itu mengikat giginya kepada anak panah sebelum memanah ke arah kotak sasaran.
Bapa kanak-kanak tersebut turut dapat dilihat dalam video itu memberikan penerangan dan arahan mengenai aksi mereka.
Alexis bukan sahaja berjaya mencabut giginya itu tetapi anak panah yang dilepaskan turut mengenai sasaran.
Kanak-kanak perempuan tersebut boleh didengar menjerit apabila giginya tercabut selepas anak panah berkenaan dilepaskan.
Bagaimanapun, Alexis tidak menangis, malah dapat dilihat tersenyum sambil menunjukkan rongga giginya yang sudah dicabut.