Pages

Monday, March 28, 2011

Penentang Gaddafi kuasai Brega




PENYOKONG  Gaddafi memeriksa bangunan yang ranap dibedil dua peluru berpandu di Pangkalan Tentera Laut di Tripoli.
PENYOKONG Gaddafi memeriksa bangunan yang ranap dibedil dua peluru berpandu di Pangkalan Tentera Laut di Tripoli.


Tripoli juga undur tentera dari Ajdabiyah untuk serang Misrata


BREGA: Pemberontak Libya dilaporkan mara ke bandar terminal minyak Brega semalam selepas tentera kerajaan berundur dari sebuah bandar strategik di timur ketika tentera Muammar Gaddafi mengepung kubu kuat utama pemberontak di barat.
Pemberontak bergerak tanpa dihalang ke Brega dan rangkaian televisyen Al Jazeera melaporkan mereka kemudian mara ke barat untuk ke Uqayla, satu-satunya bandar di antara pelabuhan utama minyak Ras Lanuf.


Kemaraan kumpulan pemberontak dengan cepat menunjukkan ancaman besar kepada askar Gaddafi selepas mereka kehilangan Ajdabiyah, sebuah pintu masuk penting bagi pasukan bersenjata ke timur yang dikuasai pemberontak. 


Pemberontak merampas Ajdabiyah selepas pesawat perang Barat mengebom tentera Gaddafi berikutan mandat diterima dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya. 


Ketika barisan utama kumpulan pemberontak bergerak ke barat, tentera Gaddafi di barat mengepung bandar Misrata dengan kereta perisai, mortar dan serangan artileri pada Sabtu walaupun pengeboman ditangguhkan selepas pesawat udara dilihat berlegar, kata pemisah. 
“Gaddafi mengundurkan tenteranya keluar dari Ajdabiyah dan Brega bagi beliau meletakkan kekuatan untuk melancarkan serangan terhadap Misrata dan menawannya supaya beliau dapat mengawal seluruh barat walaupun kehilangan timur,” kata seorang pemimpin pemberontak Saadoun kepada Reuters melalui telefon, semalam. 


Perancis berkata, kapal perangnya memusnahkan lima pesawat udara Libya dan dua helikopter di sebuah pangkalan udara di luar Misrata pada Sabtu. 


Jurucakap kerajaan Libya, Mussa Ibrahim memberitahu pemberita di ibu negara, Tripoli, Gaddafi mengarahkan pasukannya tetapi pemimpin itu mungkin bergerak ke seluruh negara untuk memastikan di mana beliau berada sebagai satu misteri. 


“Beliau mengetuai perang. Beliau sentiasa bergerak di seluruh negara,” kata Ibrahim. 


“Beliau mempunyai banyak pejabat, banyak tempat di sekitar Libya. Saya memberi jaminan kepada anda beliau mengetuai negara di setiap ketika dan beliau terus berkomunikasi dengan sesiapa di seluruh negara.” – Reuters 

No comments: