Monday, February 13, 2012
Salji di Eropah, berpuluh ribu terperangkap
Usaha baru tekan Syria
| GAMBAR yang dikeluarkan agensi berita Syria (SANA) merakamkan pasukan keselamatan Syria memeriksa bangunan perisikan tentera yang rosak teruk dalam serangan bom di utara bandar Aleppo, pada 10 Februari lalu. Dua letupan bom disasarkan ke atas kawasan keselamatan di bandar itu Jumaat lalu menyebabkan beberapa orang cedera, lapor SANA. - AGENSI |
NEW YORK 12 Feb. - Negara-negara Arab dan Barat dijadual melancarkan usaha baru di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu ini bagi mengenakan tekanan ke atas Presiden Syria, Bashar al-Assad supaya melepaskan kuasa.
Lebih 30 juta penduduk Iran tak boleh akses e-emel
Agensi berita Mehr melaporkan pihak berkuasa syarikat telekomunikasi nasional enggan mengulas masalah itu dan hanya menyatakan gangguan sejak Khamis lalu tiada kaitan dengan mereka.
Sejak berlakunya huru-hara dalam pilihan raya 2009, Iran telah mengenakan sekatan terhadap penggunaan Internet termasuk beberapa perkhidmatan laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Voice of America dan BBC Farsi.
'via Blog this'
Jeneral tentera Syria dibunuh
Agensi berita SANA melaporkan tiga lelaki dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah Jeneral Issa al-Khawli semasa beliau meninggalkan kediamannya di kawasan kejiranan Rukn-Eddine.
Dalam satu kenyataan, Kapten Ammar al-Wawi berkata, kumpulan pemberontak yang mahu menjatuhkan rejim dengan cara kekerasan menafikan penglibatan mereka dalam insiden tersebut.
Sementara itu, akhbar McClatchy mendedahkan kononnya kumpulan militan Al-Qaeda berpusat di Iraq bertanggungjawab melancarkan serangan pengeboman berani mati berkembar di Aleppo sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 28 terbunuh manakala ratusan lagi cedera pada Jumaat lalu.
Difahamkan, akhbar tersebut memetik kenyataan seorang perisik Amerika Syarikat (AS) yang mengesahkan dakwaan Presiden Bashar al-Assad bahawa ‘orang luar’ adalah dalang sebenar mencetuskan kekacauan dan huru-hara di Syria.
Akhbar itu mendakwa kewujudan rangkaian Al-Qaeda di negara tersebut juga menunjukkan kemungkinan kumpulan pelampau akan melancarkan pemberontakan lebih buruk untuk menggulingkan rejim Assad.
“Perisik AS memaklumkan kejadian pengeboman di Syria baru-baru ini dilancarkan selepas menerima arahan pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri,” menurut kenyataan akhbar tersebut lagi.
'via Blog this'
Tergamam lihat sejadah sujud
PAYA PASIR - “Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”.
Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.
Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.
“Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.
“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.
Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.
Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yang berlaku di dalam surau berusia 69 tahun itu disifatkan sebagai bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.
Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal.
“Pelajar perempuan yang saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad kerana mereka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib.
“Jumlah sejadah juga banyak. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sebagai satu daripada bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam,” katanya. Tergamam lihat sejadah sujud - Pahang - Sinar Harian:
'via Blog this'
Pengawal keselamatan warga emas maut dalam serangan Zionis
Sumber perubatan berkata, mangsa dikenali sebagai Abdel Karim Zatuniya, seorang warga emas yang bekerja sebagai pengawal berek di kawasan Zeitun di tenggara Gaza.
Kata sumber itu, Abdel Karim bersama empat yang lain cedera akibat serangan berkenaan. Setakat ini, tiada kumpulan pejuang Palestin mendakwa Abdel Karim adalah anggota mereka.
Tiga lagi serangan udara di Karni, Khan Younis dan sebuah rumah kosong di Rafah pada malam kelmarin tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Sementara itu, kenyataan dikeluarkan tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan “disasarkan terhadap tiga terowong pengganas di utara, tengah dan selatan Gaza, selain kemudahan kilang senjata di utara Semenanjung Gaza.” “Tapak itu diserang sebagai tindak balas serangan roket ke atas komuniti di selatan Israel,” kata jurucakapnya.
Terdahulu, satu roket dilancarkan dari Gaza meletup di selatan Israel, tetapi tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku.
Jurucakap polis Israel berkata, kawasan yang diserang adalah wilayah Eshkol.
“Ia meletup kawasan lapang tanpa menyebabkan sebarnang kerosakan,” katanya.
Bercakap di Teheran, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh mengulangi kenyataan pertubuhan itu untuk tidak mengiktiraf Israel.
“Penentangan akan diteruskan sehingga semua kawasan Palestin, termasuk Baitulmaqdis, dikembalikan,” katanya. - AFP
'via Blog this'
Mahmoud akan dedah kejayaan besar nuklear
Dalam ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-33 Revolusi Islam Iran, Mahmod berkata, dalam bidang nuklear, pelbagai kejayaan dicapai sejak beberapa tahun lalu.
“Dunia menyaksikan kuasa besar menggunakan segala cara untuk menghalang Iran mencapai kemajuan dalam bidang nuklear.
“Kini, bukan saja Iran menjadi negara memiliki kuasa nuklear, malah berjaya memenuhi sejumlah besar keperluan dalam sektor ini,” katanya.
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah baru-baru ini meningkatkan tekanan dengan mengenakan sekatan ke atas industri minyak dan Bank Pusat Iran.
Sekatan Barat dan ancaman serangan menggunakan tentera juga berulang-kali dibuat bagi memaksa Teheran menghentikan program nuklear yang didakwa mempunyai motif ketenteraan.
Bagaimanapun, Iran sentiasa menafikan dakwaan itu dan bertegas ia bertujuan untuk keamanan. - AP
'via Blog this'
Zionis akan gagal: Ismail
Namun, kata Ismail, ancaman Israel terhadap Iran tidak akan memberi kesan ke atas republik Islam itu dan seperti biasa, Iran akan terus melawan perancangan Israel serta AS di rantau Teluk.
“Israel tidak mampu melaksanakan ancamannya ke atas Iran,” katanya sempena sambutan ulang tahun ke-33 Revolusi Islam Iran.
Mengenai Kebangkitan Islam di rantau itu yang berjaya menggulingkan ramai diktator, Ismail berkata, revolusi berkenaan akan menjadi asas kepada pembebasan al-Quds (Baitulmaqdis) serta Masjid al-Aqsa.
Mengetuai delegasi pemimpin kanan Hamas, Ismail tiba di Teheran untuk lawatan rasmi tiga hari mulai Jumaat lalu dan disambut Menteri Luar Iran, Ali Akhbar Salehi.
Di Iran, Ismail bertemu pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan pemimpin kanan lain. - Press TV
'via Blog this'
Iran tak maaf penyokong AS
“Kami menyarankan sesetengah negara yang dulu berpihak kepada Saddam Hussein dan kini menyebelahi plot AS ke atas Iran supaya berhenti melakukannya.
“Iran tidak akan memaafkan mereka lagi. Akan ada kesan di rantau Teluk jika rancangan ke atas kami dilaksanakan,” katanya.
Kenyataan Ali itu merujuk kepada bantuan kewangan dan politik yang besar diberi beberapa negara Teluk, terutama Kuwait dan Arab Saudi, ke atas rejim Saddam sepanjang tempoh perang Iran - Iraq pada 1980 hingga 1988.
Ali memberi komen ketika AS dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan baru ke atas Bank Pusat Iran dan aktiviti pengeksportan minyak negara itu ekoran program nuklear Teheran yang kontroversi.
Teheran menggesa Arab Saudi menimbang semula janjinya memenuhi sebarang kekurangan bekalan minyak akibat sekatan dikenakan ke atas Iran.
Bagi Teheran, janji Riyadh masuk campur dalam pasaran petroleum dunia dianggap sebagai “tidak mesra.” Hubungan tegang di antara Iran yang didominasi Syiah dan Sunnah Arab Saudi terus meningkat selepas Riyadh mengetuai operasi ketenteraan di Bahrain bagi membantu kerajaan berdepan dengan kebangkitan prodemokrasi rakyat.
Hubungan itu semakin buruk tahun lalu apabila AS mendakwa Ada pihak tertentu di Teheran merancang membunuh Duta Arab Saudi ke Washington.
Kemudian, Majlis Kerjasama Teluk dianggotai Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emirah Arab Bersatu menggesa Iran “berhenti campur tangan dalam hal ehwal dalaman” negara terbabit. - AFP
'via Blog this'
Osama nasihat anak berhijrah ke Barat
Abang kepada isteri kelima Osama dari Yaman, Zakaria al-Sadah memberitahu akhbar Sunday Times Britain, pelampau kelahiran Saudi itu percaya anaknya “tidak akan mengikut jejak langkahnya untuk berjihad”. “Dia memberitahu anak dan cucunya: “Pergi ke Eropah dan Amerika dan dapatkan pendidikan yang baik,” kata Zakaria kepada Sunday Times. Zakaria berkata, Osama memberitahunya: ”Kamu perlu belajar, hidup dengan aman dan jangan ikut apa yang saya lakukan atau telah lakukan,” Osama dibunuh dalam serbuan tentera AS di kediamannya di Abbottabad, baratdaya Pakistan tahun lalu. - AFP
'via Blog this'
Mangsa Rotavirus bertambah
IPOH: Bilangan pesakit yang dipercayai terkena jangkitan Rotavirus yang disebabkan Acute Gastroenteritis (AGE) dikesan semakin meningkat di dua daerah iaitu Hilir Perak dan Batang Padang apabila sebanyak 142 kes baru dilaporkan sehingga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata berdasarkan laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 94 kes dikesan di Daerah Hilir Perak dan 48 kes di Daerah Batang Padang sehingga semalam.
Setakat ini tiada kes kematian dilaporkan dan keadaan masih lagi terkawal. - Dr Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri. Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes AGE terkumpul sejak dua minggu lalu meningkat kepada 1, 730 kes dan 956 kes bagi dua daerah berkenaan.
“Berdasarkan laporan itu, lapan pesakit adalah kanak-kanak dan orang dewasa yang dimasukkan ke Hospital Hilir Perak, manakala enam lagi dimasukkan ke hospital berasingan di Daerah Batang Padang.
“Bagaimanapun, setakat ini tiada kes kematian dilaporkan dan keadaan masih lagi terkawal," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, orang ramai tidak perlu panik dengan situasi itu kerana kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membendung wabak itu.
“Kita berharap keputusan sampel air yang sudah diambil untuk dianalisis yang akan diketahui esok (hari ini) memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah itu.
“Setakat ini, tiada bukti mengatakan berlaku pencemaran air yang serius sehingga boleh menimbulkan wabak AGE kerana kajian masih lagi dijalankan. Jadi, orang ramai tidak perlu bimbang dan seharusnya lebih mementingkan penjagaan kebersihan diri serta keluarga masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut meminta rakyat di negeri ini tidak panik dengan kes AGE kerana kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan serta beberapa agensi lain berkaitan sudah mengambil tindakan segera, termasuk menjalankan ujian ke atas sumber bekalan air bagi mengenal pasti penyebaran penyakit itu.
“Dalam situasi sekarang, penduduk terutama di dua daerah berkaitan dinasihatkan menjaga kebersihan, selain memastikan air dimasak sebelum digunakan untuk penyediaan minuman atau makanan,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan awal mengenai punca kejadian jangkitan AGE yang berlaku di kawasan Batang Padang dan Hilir Perak di Perak dijangka diketahui hari ini.
Beliau berkata, pihaknya berusaha keras untuk mengenal pasti punca kejadian dengan sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengambil kira-kira 1,000 liter contoh air dari 24 kawasan yang dikenal pasti bagi dianalisis dan dikaji.
"Setakat ini keadaan terkawal dan tidak ada kes baru yang dilaporkan," katanya.
'via Blog this'
Dakwaan bermotif politik: Gilani
| Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan |
Presiden Zardari mempunyai kekebalan sebagai ketua negara
ISLAMABAD: Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani, berkata dakwaan rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari mempunyai motif politik sedangkan beliau mempunyai kekebalan sebagai ketua negara.
Kenyataan perdana menteri itu dalam satu temu bual kelmarin, disiarkan menjelang satu perbicaraan yang dihadapi beliau atas dakwaan menghina mahkamah berikutan keengganannya memenuhi perintah membuka semula kes rasuah membabitkan ketua Zardari.
“Presiden mempunyai kekebalan dan beliau bukan hanya mempunyai kekebalan itu di Pakistan sebaliknya ia merentasi sempadan malah di seluruh dunia.”
Ditanya jika beliau lebih memilih untuk meletak jawatan demi kepentingan presiden, Gilani berkata jika didapati bersalah menghina mahkamah, beliau secara automatik akan kehilangan kuasa, berikutan beliau tidak perlu meletak jawatan.
“Tidak perlu untuk meletak jawatan. Jika saya didapati bersalah, jadi saya tidak sepatutnya akan menjadi seorang ahli parlimen,” katanya.
Dalam satu temubual, Gilani juga mengkritik serangan Amerika Syarikat terhadap militan dan berkata bahawa Islamabad tidak memberikan kuasa kepada mereka.
“Saya ingin maklumkan kepada anda bahawa kami tidak membenarkan atau memberikan kebenaran menerbangkan pesawat dari Pakistan,” katanya.
“Kami turut berbincang dengan pentadbiran Amerika Syarikat bahawa kami melakukan banyak usaha untuk mengasingkan militan dari penduduk tempatan.
“Serangan pesawat itu mencetuskan reaksi negatif,” katanya sambil menambah bahawa kebanyakan kumpulan puak tinggal di kawasan sempadan Afghanistan.
“Kumpulan puak dan militan ini akan bersatu sekali lagi. Mereka akan menjadikan tugas kita semakin sukar malah kurang juga ruang politik bagi kami,” katanya.
Gilani berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan tentera setakat ini.
Ia merujuk kepada ketegangan antara kerajaan awam dengan tentera membabitkan satu memo yang dihantar kepada Pentagon bagi mendapatkan bantuan Amerika Syarikat untukmenghalang rampasan kuasa tentera selepas serbuan komando Amerika Syarikat di Pakistan yang membunuh pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden. – Reuters Berita Harian Online | Dakwaan bermotif politik: Gilani:
'via Blog this'
Katil juruterbang dalam pesawat Boeing
| KATIL untuk juruterbang tidur di belakang kokpit pesawat Boeing 787 baharu yang dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di Singapura semalam. |
SINGAPURA - Pesawat penumpang baharu Boeing 787 Dreamliner mempunyai ruang rehat untuk juruterbang tidur di belakang kokpit pesawat itu.
Bisnes replika pedang filem Hollywood
| FILOMENO DE GUZMAN memegang replika pedang dalam filem Braveheart di bengkelnya di bandar Pozorrubio di Filipina pada 19 Januari lalu. |
POZORRUBIO, Filipina - Seorang tukang besi, Filomeno de Guzman bersama 15 orang petani yang menanam padi menghasilkan replika pedang seperti yang pernah digunakan dalam filem-filem Bollywood seperti Braveheart, Conan the Barbarian dan Rambo.
'via Blog this'
Israel bedil kandang lembu
| KANDANG lembu yang musnah akibat terkena bedilan peluru berpandu pesawat tentera Israel di bandar Gaza semalam |
GENTING GAZA - Satu serangan tentera udara Israel semalam membedil kandang lembu milik seorang penduduk Palestin di sini.
Sunday, February 12, 2012
Kisah lengkap Sara Bokker menemukan Islam, “Islam adalah jalan hidup, Akhirnya aku bebas!”
Aku tumbuh di kota kecil di South Dakota, Amerika Serikat, yang aku pernah berhubungan hanya dengan agama yang ada di berbagai denominasi Kristen. Aku dan keluargaku kadang-kadang menghadiri gereja Lutheran, didorong oleh ibuku, dan akhirnya aku membenarkan Lutheran. Aku percaya Tuhan, tetapi aku tidak percaya pada semua “barang gereja”: bernyanyi, menyembah gambar salib dan Yesus, dan memakan “tubuh dan darah Kristus”. Hal itu hanya tidak masuk akal bagiku.
Sepanjang yang dapat ku ingat, sesuatu selalu hilang. Ada lubang di hatiku, kesedihan yang besar ini dan kegelapan kesendirian yang merasuki setiap sel dalam tubuhku, pikiran, dan jiwa. Tidak ada yang dapat mengisi lubang itu, dan kesakitan tak kunjung pergi. Aku beralih ke alkohol di usia yang sangat muda untuk mati rasa sedalam itu, menderita sakit. Tetapi itu hanya sementara, dan ini bahkan selalu membuatku merasa lebih buruk setelah kematian rasa itu.
Kejauhanku dari keluargaku dan setiap orang di sekitarku meningkat seiring dengan pertumbuhanku. Aku memilki kemuakan dan kebencian terhadap diriku sendiri, yang menyebabkanku menjadi benar-benar mengerikan terhadap orangtua ku. Semua yang aku ingat, ingin melarikan diri – melarikan diri dari “darimana aku dan siapa aku”. Bagaimanapun, aku menyadari bahwa tidak peduli sekeras apapun aku mencoba, aku tidak dapat melarikan diri dari “siapa aku”. Makanya, aku memutuskan untuk melakukan apa yang dapat membuatku melarikan diri dari diriku sebelum aku menghancurkan diriku.
Aku menjadi seorang budak dalam pandanganku. Aku telah termakan oleh ini semua.
Aku keluar dari tempat kuliahku dan meninggalkan South Dakota ke Florida sendirian ketika aku berusia 19 tahun. Siap untuk membuat sebuah permulaan yang baru di lingkungan baru yang menggairahkan, aku menemukan sedikit kebahagiaan untuk sebuah periode singkat dari waktu. Tetapi hal itu dangkal. Rasa sakit itu dan kesedihan, lubang di hatiku, masih ada.
Aku telah menghabiskan bertahun-tahun untuk sesuatu yang dapat menyembuhkan diriku. Aku beralih ke psikologi, pertolongan sendiri dengan buku-buku dan rekaman dan latihan, semua yang benar-benar membantuku dalam urusan yang besar. Beberapa pekerjaanku memungkinkakku untuk mendapatkan beberapa uang dengan mudah, maka itu habis secepat mendapatkannya, “terimakasih atas belanja dan pesta”.
Dengan tujuan untuk tetap bersama setiap orang, aku mengambil kartu kredit – kartu kredit yang banyak – dan aku menemukan diriku tenggelam lebih dalam dan lebih dalam lagi di dalam hutang, tetapi tidak begitu peduli karena aku merasa hanya hidup untuk satu hari. Aku juga terjepit dalam pandanganku. Ini menghabiskan banyak waktu dan uang untuk tampil baik. Aku menjadi seorang budak dalam pandanganku. Aku telah termakan oleh semua ini: Penata rambut, gym, mall, dsb. Setelah semua itu, aku sebagaimana pandangaku, atau jadi apa yang aku pikirkan. Dan aku hanya tahu aku akan bahagia jika setiap orang memandangku, jika aku mendapatkan perhatian. Dan aku mendapatkan perhatian, tetapi aku benci!, ini membuatku sengsara. Jadi apa yang dapat membuatku bahagia? Aku masih mencarinya.
Aku menemukan cinta, dan itu membuatku sedikit bahagia. Kemudian aku mulai melihat kea rah keagamaan, semua macam dan tipe keagamaan. Cukup menarik, aku menemukan ada beberapa yang menjadi “kebenaran universal” di banyak agama. Terlihat berbeda, tetapi intinya sama. Cintaku untuk semua kemanusiaan dan kedamaian di dalam hatiku meningkat tajam seiring pencarian dan pertumbuhan spiritualku. Aku menjadi sangat tertarik di bidang “studi metafisika”, dan beberapa tipe mediasi Timur dan yoga. Aku paling mengagumi hal-hal ini. Bagaimanapun, aku menginginkan lebih. Aku ingin seseorang memberitahuku dengan tepat apa yang harus dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Aku butuh aturan dan struktur. Dan aku tidak mendapatkan itu di fakta lapangan yang sangat liberal ini, abstrak, dan bebas.
Akhirnya aku kembali ke perkuliahan, dan itu membuatku jauh lebih baik tentang diriku. Aku mengembangkan keinginan besar pada hubungan internasional dan setelah aku belajar kebenaran buruk tentang “Sejarah Amerika” dan “Kebijakan Luar Negeri AS”, aku terkejut dengan semua ketidakadilan ini, rasisme, dan penindasan. Itu menyakiti hatiku. Aku telah sangat menyedihkan oleh penderitaan di dunia ini. Aku memutuskan, aku harus melakukan sesuatu untuk ini.
Aku hanya terlalu keras kepala untuk mengajukan salah satu cara untuk menjadi Muslim. Aku memulai jaringan dengan mendidik sekolah menengah lokal dan mahasiswa tentang ketidakadilan di Timur Tengah, dan akhirnya aku mulai mengorganisir para aktivis lokal untuk pergi ke Washington DC, untuk memprotes perang yang akan datang di Irak. Selama proses ini, aku berjumpa dengan seorang pria yang mengagumkan – seorang muslim – yang juga melakukan hal yang sama. Aku tidak pernah melihat seseorang yang telah mendedikasikan hidupnya untuk penyebab yang juga aku sangat peduli – keadilan dan hak asasi manusia. Dia telah memulai organiasinya, yang aku menjadi sukarelawan, karenanya aku dapat belajar darinya dan membantu perjuangannya. Karena kami bekerja bersama, dia berbagi kepadaku tentang sejarah Nabi Muhammad shallahu ‘alaihi wa salam, para sahabatnya, dan peradaban yang mengagumkan dari Islam – satu-satunya contoh dari keadilan masyarakat di planet ini. Aku terkejut mendengar sejarah-sejarah ini, karena aku tidak tahu apa-apa tentang sejarah ini. Aku menjadi terpikat oleh Islam dan membaca banyak tentangnya, akhirnya aku membaca Al Qur’an.
Aku menemukan di dalam Islam, kebenaran yang aku sedang cari. Akhirnya semuanya masuk akal. Bagaimanapun, aku merealisasikan banyak kesalahpahaman dan klise yang aku bahkan tidak menyadarinya. Pertama-tama, aku tidak tertarik pada isu perempuan dan belum mengerti mengapa mereka berpakaian sangat berbeda. Aku dengan tegas mengatakan, “aku tidak akan pernah dapat berpakain seperti itu”, karena aku masih mempunyai pikiran, “bagaimana aku terlihat adalah aku”. Maka jika orang-orang tidak dapat melihat bagaimana aku, maka aku bahkan tidak akan pernah ada. Juga, bagaimana tentang “perempuan yang tinggal di rumah dan hanya memperhatikan anak-anak dan perkerjaan rumahtangga dan mendengarkan suaminya?” , ini terlalu banyak bagiku! Tidak ada jalan yang aku dapat mengerti mengapa seorang perempuan harus tinggal di rumah. Siapa dia jika dia tidak ada “diluar sana” mendaki jalanya untuk “kaca-kaca langit”? Dan mengapa dia harus mematuhi suaminya?
Aku menemukan jawaban yang indah dari pertanyaan-pertanyaan ini, yang sangat logis dan luar biasa fungsional. Kalian lihat, Islam bukan sekedar “sebuah agama”. Islam adalah sebuah jalan sempurna di dalam kehidupan. Di dalamnya, kalian memiliki petunjuk dan jawaban-jawaban bahkan untuk hal yang paling kecil, seperti bagaimana makan dan tidur. Ini mengagumkan!
Bagaimanapun, aku masih tidak berkeinginan untuk masuk Islam. Itu terlihat terlalu dini bagiku, terlalu banyak pertanggungjawaban dan aku terlalu keras kepala untuk mengajukan cara bagaimana seharusnya untuk menjadi seorang Muslim. Kemudian pada malam yang dingin di Januari 2003, aku sedang berada di dalam bis kembali dari demonstrasi anti-perang di Washington DC, aku berada dipersimpangan jalan hidupku. Aku benci pekerjaanku dan baru saja meninggalkan suamiku karena kita telah hidup terpisah. Aku telah cukup mengorganisir orang-orang anti-perang. Aku berkata kepada diri sendiri, “apa yang dapat aku lakukan? Apa yang dapat aku lakukan? Aku hanya ingin menjadi seseorang yang baik dan membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik. Tetapi bagaimana? Apa yang harus aku lakukan?”, Tiba-tiba, jawabannnya datang kepadaku: Menjadi Muslim. Itu saja! Sebuah selimut perdamaian memelukku. Aku merasa begitu tenang dan yakin dan penuh dengan kebahagiaan. Tiba-tiba aku mempunyai sebuah tujuan hidup, sebuah alasan untuk ada.
Hidup tetaplah hidup: ini tidak mudah, tetapi sekarang aku memiliki buku panduan.
Seminggu kemudian, aku mengucapkan dua kalimat Syahadat di depan publik di sebuah pelataran untuk Masjid baru. Segera setelah aku mengucapkannya, dua pelangi terlihat di langit! Setiap orang yang menyaksikannya sangat terharu dan semua muslimah berdatangan setelah itu memelukku. Aku menangis dari sukacita yang sangat banyak, karena kebanyakan orang disana, bahagia karena memiliki ku di Ummat ini.
Hari berikutnya, bersemangat untuk menunjukkan kepada dunia, aku seorang Muslim!
Aku pergi ke tempat toko lokal Timur Tengah dimana mereka menjual hijab-hijab yang cantik dan pakaian yang sesuai dengan persyaratan pakaian Muslim. Aku membeli banyak gaun (jilbab) dan kerudung, dan sejak hari itu, aku berpakaian dengan benar. Ahhhhh…akhirnya bebas! Aku telah merusak belenggu fashion dan perbudakan fisik yang diberlakukan oleh masyarakat dangkal. Sejujurnya, aku merasa seperti sebuah beban berat telah terangkat dari pundakku. Aku tidak lagi merasa tertekan untuk berpakaian dan terlihat lebih baik. Akhirnya aku menghargai diriku sendiri dan tidak ada lagi dasar pada penghargaan diriku atas perhatian berdasarkan reaksi dan perhatian orang lain. Ketika banyak yang memandangku dengan pandangan aneh – beberapa dengan rasa kasihan, beberapa dengan rasa marah, dan beberapa dengan rasa penasaran – aku telah mendapatkan penghargaan yang lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah, seorang pria yang mengagumkan yang mengenalkanku kepada Islam menikahiku, tepatnya setelah satu bulan aku menjadi Muslim. Sejak itu, kami melanjutkan pekerjaan kami bersama-sama melawan ketidakadilan di seluruh dunia. Kami telah bepergian ke seluruh Timur Tengah dan hijrah dari Amerika ke Mesir untuk bersama ibu suamiku dan tinggal di lingkungan yang Islami. Alhamdulillah, aku diberkahi dengan sebuah keluarga yang indah, selain itu, keluarga yang lebih besar – Ummat islam – aku dapatkan sejak aku menjadi seorang Muslim.
Hidup tetaplah hidup: ini tidak mudah, tetapi sekarang aku mempunyai buku panduan, sebuah struktur, sebuah fondasi. Hati ku telah lengkap. Kesedihan dan kesendirian telah pergi. Sekarang aku merasa, aku adalah bagian. Aku adalah seseorang. Dan aku di rumah, setidaknya untuk saat ini, di dalam milidetik ini yang kita katakan (kehidupan duniawi), hingga aku sampai di akhir, di rumah abadi di akhirat, insya Allah dekat dengan yang Tercinta, Penciptaku, Tuhan Semesta alam, yakni Allah yang Maha Suci dan Maha Agung.
Sara Bokker
Sara Bokker adalah seorang mantan artis, model di Amerika Serikat, instruktur fitness, dan aktivis. Saat ini Sara adalah seorang direktur komunikasi di The March for Justice, seorang co-founder The Global Sisters Network. Dan produser terkenal Shock & Awe Gallery©. Sara bias dihubungi di srae@marchforjustice.com.
***
Note: artikel ini diterjemah dengan persetujuan dari ukhti Sara Bokker untuk muslimahzone.com
Foto Ilustrasi by türkbeyi01
Alih bahasa: zafaran
(muslimahzone.com/arrahmah.com)
'via Blog this'
Anak Gaddafi beri amaran
TRIPOLI - Saadi, anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, kelmarin memberi amaran gelombang baru kebangkitan akan melanda Libya tidak lama lagi memandangkan masih ada pihak tidak berpuas hati selepas kerajaan diambil-alih oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Kenyataan pertama kali menerusi perbualan telefon selepas Saadi melarikan diri selama beberapa bulan ke Niger itu turut disiarkan oleh stesen televisyen Al-Arabiya.
“Gelombang baru kebangkitan pro-Gaddafi ini akan melanda seluruh wilayah di Libya dan hanya menunggu masa untuk bertindak,” menurutnya. Anak Gaddafi beri amaran - Global - Sinar Harian:
'via Blog this'
Serangan berkembar ragut puluhan nyawa
ALEPPO - Ketegangan di Syria semakin memuncak selepas hampir seminggu negara dipimpin oleh Presiden Bashar al-Assad itu bermandi darah.
Dalam kejadian terbaru, sekurang-kurangnya 28 maut manakala 235 lagi cedera dalam kejadian pengeboman berani mati berkembar di kawasan pusat kawalan keselamatan di Aleppo, kelmarin.
Penunjuk perasaan anti-Assad menafikan penglibatan mereka sebaliknya menuduh ia didalangi pasukan keselamatan rejim yang sengaja mahu memburuk-burukkan pembangkang.
Rakaman televisyen tempatan turut memaparkan keadaan bangunan ibu pejabat Direktorat Perisikan Tentera dan berek Angkatan Pemeliharaan Keselamatan yang musnah teruk serta beberapa mayat turut bergelimpangan di sekitar kawasan tersebut.
Dalam kejadian berasingan, pasukan keselamatan rejim Assad berterusan melakukan tindakan keganasan dengan menembak secara rambang ke arah jemaah yang selesai menunaikan solat Jumaat di seluruh negara sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang awam terbunuh.
Sekali lagi menerusi paparan stesen televisyen tempatan, kerajaan menuduh kejadian keganasan yang semakin meruncing di negara itu adalah angkara pengganas walaupun hakikatnya rejim Assad adalah dalang sebenar kekecohan dan kezaliman tersebut.
'via Blog this'
Badan kehakiman takut disebabkan Dr M
KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”
Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana “Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman.”
Tegasnya, “pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya.”
Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.
“Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan,” hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial hari ini.
Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.
“Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari ‘88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi,” katanya.
Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul “Empowering Liberal Democratic Insitutions” bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar , dan Principle Research Fellow di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.
Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.
“Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.
“Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak,” katanya.
Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.
Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.
“Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin ‘ada hikmah di luar sana’,” kata Lim.
'via Blog this'
Ibu kering air mata
| PILU...Cassindra (kanan) dan anggota keluarga selepas kehilangan bayi sulung. |
JOHOR BAHRU: “Kering air mata kerana menangis, tiada apa yang boleh dilakukan kerana anak tersayang pergi selama-lamanya,” kata Cassindra Gelungan, 24, selepas bayi perempuannya, Angel Cassandra yang berusia enam hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kelmarin.
Menurut Cassindra, hatinya luluh setiap kali melihat pakaian serta kelengkapan disiapkan untuk menyambut anak sulung itu yang langsung tidak disentuh berikutan pemergian Angel.
“Saya melahirkan Angel ketika usia kandungan hanya lapan bulan pada jam 7.49 pagi, 4 Februari lalu di HSA dengan berat 1.85 kilogram.
“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan membawanya pulang berikutan Angel mengalami demam kuning tapi tidak serius,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ia sekali lagi ditangguh pada keesokan hari berikutan Angel belum pulih sepenuhnya akibat demam kuning.
“Saya memang kecewa, kami faham petugas perlu jaga ramai lagi bayi lain tetapi pada masa sama, mereka boleh melakukan pemeriksaan sekali lalu.
“Jika ada yang tidak kena, pasti mereka boleh segera mengambil tindakan. Ini tidak, saya yang datang dari rumah terlebih dulu mengesan kejadian itu,” katanya.
Cassindra turut mendakwa, kakitangan HSA menyusukan bayi mereka menggunakan gelas kecil dan ia dipercayai punca Angel tersedak.
Selain itu, Cassindra mendakwa, bayinya tidak ditempatkan di dalam inkubator walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, malah Angel hanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas kejadian terbabit.
Sementara itu, bapa Angel, Jacbelin Jemmy, 23, berkata dia kecewa apabila kakitangan HSA gagal memberikan sebab terperinci bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Jacbelin yang bertugas sebagai jurukimpal berkata, dia tidak mengharapkan pampasan tinggi, sebaliknya mahukan keadilan supaya perkara sama tidak menimpa pasangan lain.
“Nilai nyawa manusia tidak boleh disamakan dengan wang ringgit, yang pergi tidak akan kembali, tetapi kami harap perkara ini tidak berulang. Cukuplah hanya kami yang merasai kesedihan akibat kehilangan insan tersayang.
“Kami juga bercadang mengambil tindakan undang-undang tetapi buat masa sekarang, kami perlu menguruskan soal pengebumian anak,” katanya.
Mayat Angel disempurnakan di Tanah Perkuburan Selesa Jaya, pagi semalam. Jacbelin turut membuat laporan berkaitan kejadian di Balai Polis Sentral Khamis lalu, untuk tindakan selanjutnya.
Laman web CIA kena godam
“CIA sudah padam,” kata seorang anggota kumpulan itu di Twitter. “Sudah padam” adalah ekspresi digunakan anggota perisik khas apabila mereka berjaya membunuh musuh.
Percubaan untuk mengakses laman web CIA tidak berjaya.
Lebih dua jam selepas serangan pertama itu laman web berkenaan mendapat mesej mengatakan laman itu tidak boleh diakses. Ketika ditanya mengenai serangan laman web itu, jurucakap CIA berkata, pihaknya sedar dengan masalah yang timbul dan berusaha menanganinya. - AFP
myMetroLaman web CIA kena godam:'via Blog this'
Rasuah: 5 wartawan Sun antara 8 ditahan
LONDON - Lima kakitangan akhbar paling laris di UK, The Sun merupakan antara lapan orang ditahan berhubung isu sogokan kepada anggota polis dan kakitangan awam.
Seorang pegawai Surrey Police, anggota pasukan tentera dan kakitangan Kementerian Pertahanan merupakan antara mereka yang ditahan.
Laporan BBC menyebut, editor foto John Edwards, ketua pemberita John Kay, ketua koresponden luar negara Nick Parker, pemberita John Sturgis dan editor bersekutu Geoff Webster merupakan mereka yang ditahan.
Ia sebahagian daripada tangkapan di bawah Operation Elveden berhubung dakwaan bayaran rasuah kepada polis.
Penahanan terbaru memperlihatkan operasi itu diperluaskan merangkumi siasatan ke atas bukti-bukti berkaitan dengan dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam bukan polis.
'via Blog this'
Tanam implan elak remaja mengandung
LONDON: Gadis seawal usia 13 tahun dilaporkan ditanam implan pencegah hamil di sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka di bandar raya ini. Jururawat memasang alat itu pada lengan mereka untuk mencegah kehamilan dalam tempoh sementara dengan mengeluarkan hormon ke dalam darah.
Tahun lalu, 1,700 gadis berusia 13 dan 14 tahun ditanam dengan implan, sementara 800 disuntik dengan kesan sama. Angka Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaa (NHS) 2010 dan 2011 juga menunjukkan bahawa seramai 3,200 gadis berusia 15 tahun dipasang dengan implan manakala 1,700 lagi disuntik.
Namun mengikut peraturan rahsia pesakit, kakitangan dilarang daripada mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum itu atau malah memaklumkan mereka selepas itu.
Bukan semua gadis mendapatkan prosedur di sekolah. Sebahagian mereka mungkin dirawat di klinik perancang keluarga atau pengamal perubatan.
Namun ahli parlimen dan juru kempen berkata, skim itu secara moralnya salah dan melanggar hak ibu bapa melindungi anak mereka.
Kedua-dua bentuk pencegah hamil boleh memberi kesan sampingan tidak menyenangkan termasuk pertambahan berat badan, kemurungan, jerawat dan haid tidak tetap.
Suntikan juga dikaitkan dengan penipisan tulang, walaupun pakar berkata keretakan agak mustahil jika digunakan hanya untuk tempoh pendek.
Implan dan suntikan ditawarkan kepada gadis di sembilan sekolah menengah dan tiga kolej menengah atas di Southampton di bawah satu skim dikendalikan NHS Solent. Klinik kesihatan seksual juga menawarkan bentuk lain pencegah hamil, nasihat dan ujian untuk jangkitan.
Dana amanah memperkenalkan skim itu pada 2009 bagi menangani kadar tinggi kehamilan remaja, yang antara terburuk di negara itu.
Tidak diketahui berapa banyak kawasan lain mengendalikan dasar sama, namun pada 2008, Jabatan Kesihatan menulis kepada 21 pihak berkuasa dengan kadar tinggi kehamilan remaja termasuk Bristol, Manchester, Newcastle upon Tyne, Rotherham, Nottingham dan Peterborough, menggesa mereka meningkatkan pengambilan implan dan suntikan.
Implan berkenaan bertahan selama tiga tahun sebelum perlu diganti.
Suntikan berkesan sehingga tiga bulan. – Agensi
'via Blog this'
Hamas tak akan iktiraf Israel
TEHRAN: Hamas tidak akan sama sekali mengiktiraf Israel, tegas Perdana Menteri pergerakan itu di Gaza, Ismail Haniya, semalam dalam ucapan di Iran yang dilihat menyukarkan usaha Palestin membentuk kerajaan perpaduan berikutan bantahan wilayah Yahudi itu.
“Mereka mahu kami mengiktiraf pencerobohan Israel dan menghentikan tentangan tetapi sebagai wakil penduduk Palestin dan dengan nama kebebasan, saya mengumumkan dari Dataran Azadi di Tehran yang kami tidak akan mengiktiraf Israel.
“Tentangan akan diteruskan sehingga semua tanah Palestin termasuk Baitulmaqdis dibebaskan dan semua pelarian kembali,” katanya.
Penegasan Haniya mengenai pendirian Hamas itu dibuat dalam satu majlis memperingati revolusi Islam di Iran pada tahun 1979.
Pemimpin Gaza itu bercakap kepada anggaran 30,000 hadirin dari atas pentas bersama-sama Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
“Rakyat Iran adalah rakan dalam kejayaan ini. Insya-Allah, kami akan bertemu anda bersama-sama rakyat Palestin lain dalam negara bebas Palestin, di ibu negara, Baitulmaqdis,” katanya.
Israel menolak usaha Hamas untuk bekerjasama dengan Fatah, parti lebih sekular pimpinan Presiden Mahmud Abbas yang mentadbir Tebing Barat, untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ia menganggap Hamas sebagai pertubuhan pengganas dan Iran sebagai penyokong dan pembekal senjata.
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, memberitahu wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Khamis lalu perjanjian Hamas dan Fatah yang ditandatangani minggu ini untuk berganding bahu dalam kerajaan baru tidak menyumbang kepada lanjutan rundingan damai atau kebajikan penduduk Palestin.
Blok yang bertanggungjawab dalam proses damai Asia Barat itu iaitu Kesatuan Eropah, Russia, PBB dan Amerika Syarikat sudah lama mendesak supaya kerajaan Palestin termasuk Hamas memenuhi syarat tertentu untuk menyertai rundingan iaitu menghentikan keganasan dan mengiktiraf Israel dan perjanjian masa lalu dengan wilayah Yahudi itu. – AFP
'via Blog this'
‘Senduk, periuk nasi bom Bali’
JAKARTA: Suspek pengganas Indonesia dikenali sebagai Demolition Man kerana kepakarannya mengendalikan bahan letupan memberitahu penyiasat dia menggunakan bahan asas di rumah termasuk senduk nasi dan penimbang dapur untuk menghasilkan bom besar yang memusnahkan kelab malam di Bali.
Selepas lebih sebulan menjalankan kerja dengan berhati-hati, Umar Patek meletakkan bom seberat 700 kilogram itu di dalam empat kabinet yang dipasang di dalam van yang memusnahkan dua kelab malam pada 12 Oktober 2002, membunuh 202 orang, menurut dokumen yang memperincikan soal siasat ke atasnya. Kebanyakan mangsa adalah pelancong asing.
Patek dibicarakan esok (Isnin) kerana dakwaan pembabitannya dalam pengeboman di Bali dan tindakan ganas lain berikutan sembilan tahun melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa yang membawanya dari Indonesia ke Filipina dan Pakistan.
Warga Indonesia berusia 45 tahun itu akhirnya ditangkap pada Januari 2011 di bandar sama di Pakistan yang menyaksikan pembunuhan Osama bin Laden oleh tentera Amerika Syarikat beberapa bulan kemudian.
Patek, suspek pembuat bom paling terkenal Asia Tenggara, bersembunyi dalam bilik di bilik di atas sebuah rumah di Abbottabad, ketika tentera Pakistan yang bertindak atas maklumat Agensi Perisikan Pusat menyerbu. Ganjaran AS$1 juta (RM3 juta) diberikan untuk kepalanya.
Selepas pertempuran yang menyebabkan Patek cedera, dia ditangkap dan diekstradisi ke Indonesia.
Penangkapannya dilihat sebagai kayu pengukur kejayaan yang dicapai pasukan keselamatan Asia, dengan bantuan Amerika, menentang pertubuhan Jemaah Islamiyah, yang dikaitkan dengan al-Qaeda, yang didakwa mendalangi pengeboman di Bali dan beberapa serangan lain di Indonesia. Semua pemimpin lain pertubuhan itu dihukum bunuh, dibunuh oleh pasukan keselamatan atau menanti hukuman mati.
Patek didakwa dengan pembunuhan terancang, menyembunyikan maklumat mengenai keganasan, memiliki bahan letupan secara haram dan konspirasi melakukan keganasan dan kini berdepan kemungkinan dijatuhkan hukuman mati. Pendakwaan juga menuduh Patek menyediakan bahan letupan yang digunakan dalam serangan menjelang Krismas ke atas gereja pada tahun 2000 yang meragut 19 nyawa. – AP
Berita Harian Online | ‘Senduk, periuk nasi bom Bali’:
'via Blog this'
Gempa bumi sederhana landa Chile
WASHINGTON 12 Feb. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Ritcher menggegarkan wilayah tengah Chile pada lewat kelmarin.
Menurut Pusat Kaji Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku pada pukul 11.58 malam (10.58 pagi waktu Malaysia), kira-kira 52 kilometer di barat daya bandar Concepcion.
Tambahnya, tiada laporan kerozsakan atau kecederaan buat masa ini. - AFP
'via Blog this'
Tupai ungu cetus sensasi
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu.
"Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie.
Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman web accuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa.
Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu."
Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik.
"Warna ungu itu merupakan sebatian bromida yang dilihat pada spesies moluska dan jarang didapati pada haiwan darat.
"Tupai tersebut memiliki terlalu banyak bromida dalam sistem badan, berkemungkinan besar kerana ia meminum air daripada sumber air dicemari bromida. Ini bermakna alam sekitar kita sudah tercemar dan ramai orang akan mendapat barah pundi kencing kelak," katanya.
- AFP
'via Blog this'
Lelaki Uzbek cuba bunuh Obama
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki Uzbekistan yang tinggal di AS mengaku salah di mahkamah persekutuan negeri Alabama kelmarin kerana cuba membunuh Presiden Barack Obama.
'via Blog this'
Pengebom Bali dedah cara buat bom 700 kg
JAKARTA, Indonesia - Seorang militan Indonesia yang didakwa berhubung serangan pengganas di Bali pada 2002 memberitahu penyiasat, dia memencilkan diri selama beberapa minggu di sebuah rumah sewa untuk membina bom seberat setengah tan dengan menggunakan barangan dalam rumah termasuk senduk nasi, alat timbang dan sejumlah beg plastik.
Satu transkrip soal siasat Umar Patek yang diperoleh agensi berita The Associated Press (AP)menceritakan secara terperinci tentang komplot pengeboman di Bali beberapa hari sebelum Patek, yang pernah menjadi suspek pembuat bom paling dikehendaki di Asia Tenggara, dibicarakan di sini kerana peranannya dalam serangan ke atas sebuah kelab malam yang membunuh 202 orang pada 2002.
"Di sebuah bilik rumah sewa berkenaan, saya mula mencampurkan bahan-bahan yang telah disediakan," kata Patek.
"Selama tiga minggu, saya menjadikan campuran tersebut kepada serbuk hitam dengan bantuan Sawad (konconya). Saya menggunakan alat timbang yang biasa digunakan di kedai runcit, senduk nasi dan sejumlah beg plastik bekas untuk mengisi bahan letupan," tambahnya.
Patek yang dikenali sebagai lelaki peledak kerana kepakarannya menggunakan bahan letupan berkata, dia dan beberapa konco lain mengisi bom seberat 700 kilogram itu ke dalam empat kabinet dan meletakkannya di dalam sebuah van Mitsubishi L300 bersama sebuah bom rompi TNT.
Van berkenaan diletupkan di luar dua kelab malam popular di Pantai Kuta, Bali pada 12 Oktober, 2002.
Kebanyakan mangsa yang maut dalam serangan tersebut adalah pelancong asing.
Patek, 45, akan dibicara esok selepas sembilan tahun menjadi buruan pihak berkuasa. Dia melarikan diri ke Filipina sebelum ditangkap di bandar Abbotabbad, Pakistan pada Januari 2011. Pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy Seals menembak mati ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama Bin Laden di bandar sama beberapa bulan kemudian. - Agensi
'via Blog this'
