Pages

Monday, February 13, 2012

Pengawal keselamatan warga emas maut dalam serangan Zionis

GAZA: Seorang lelaki Palestin maut selepas cedera parah akibat serangan udara Israel ke atas Gaza awal pagi semalam.

Sumber perubatan berkata, mangsa dikenali sebagai Abdel Karim Zatuniya, seorang warga emas yang bekerja sebagai pengawal berek di kawasan Zeitun di tenggara Gaza.


Kata sumber itu, Abdel Karim bersama empat yang lain cedera akibat serangan berkenaan. Setakat ini, tiada kumpulan pejuang Palestin mendakwa Abdel Karim adalah anggota mereka.

Tiga lagi serangan udara di Karni, Khan Younis dan sebuah rumah kosong di Rafah pada malam kelmarin tidak menyebabkan sebarang kecederaan.


Sementara itu, kenyataan dikeluarkan tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan “disasarkan terhadap tiga terowong pengganas di utara, tengah dan selatan Gaza, selain kemudahan kilang senjata di utara Semenanjung Gaza.” “Tapak itu diserang sebagai tindak balas serangan roket ke atas komuniti di selatan Israel,” kata jurucakapnya.


Terdahulu, satu roket dilancarkan dari Gaza meletup di selatan Israel, tetapi tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku.


Jurucakap polis Israel berkata, kawasan yang diserang adalah wilayah Eshkol.


“Ia meletup kawasan lapang tanpa menyebabkan sebarnang kerosakan,” katanya.

Bercakap di Teheran, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh mengulangi kenyataan pertubuhan itu untuk tidak mengiktiraf Israel.


“Penentangan akan diteruskan sehingga semua kawasan Palestin, termasuk Baitulmaqdis, dikembalikan,” katanya. - AFP

myMetro | Pengawal keselamatan warga emas maut dalam serangan Zionis:

'via Blog this'

No comments: