Pages

Monday, February 13, 2012

Dakwaan bermotif politik: Gilani

Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan
Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan


Presiden Zardari mempunyai kekebalan sebagai ketua negara

ISLAMABAD: Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani, berkata dakwaan rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari mempunyai motif politik sedangkan beliau mempunyai kekebalan sebagai ketua negara.
Kenyataan perdana menteri itu dalam satu temu bual kelmarin, disiarkan menjelang satu perbicaraan yang dihadapi beliau atas dakwaan menghina mahkamah berikutan keengganannya memenuhi perintah membuka semula kes rasuah membabitkan ketua Zardari.
Jika saya didapati bersalah, saya tidak sepatutnya menjadi seorang ahli parlimen. - Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan
“Terlalu banyak kes terhadap beliau dan semuanya adalah bermotif politik,” kata Gilani kepada stesen televisyen Al Jazeera merujuk kepada Zardari.

“Presiden mempunyai kekebalan dan beliau bukan hanya mempunyai kekebalan itu di Pakistan sebaliknya ia merentasi sempadan malah di seluruh dunia.”

Ditanya jika beliau lebih memilih untuk meletak jawatan demi kepentingan presiden, Gilani berkata jika didapati bersalah menghina mahkamah, beliau secara automatik akan kehilangan kuasa, berikutan beliau tidak perlu meletak jawatan.

“Tidak perlu untuk meletak jawatan. Jika saya didapati bersalah, jadi saya tidak sepatutnya akan menjadi seorang ahli parlimen,” katanya.
Dalam satu temubual, Gilani juga mengkritik serangan Amerika Syarikat terhadap militan dan berkata bahawa Islamabad tidak memberikan kuasa kepada mereka.

“Saya ingin maklumkan kepada anda bahawa kami tidak membenarkan atau memberikan kebenaran menerbangkan pesawat dari Pakistan,” katanya.

“Kami turut berbincang dengan pentadbiran Amerika Syarikat bahawa kami melakukan banyak usaha untuk mengasingkan militan dari penduduk tempatan.

“Serangan pesawat itu mencetuskan reaksi negatif,” katanya sambil menambah bahawa kebanyakan kumpulan puak tinggal di kawasan sempadan Afghanistan.

“Kumpulan puak dan militan ini akan bersatu sekali lagi. Mereka akan menjadikan tugas kita semakin sukar malah kurang juga ruang politik bagi kami,” katanya.

Gilani berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan tentera setakat ini.

Ia merujuk kepada ketegangan antara kerajaan awam dengan tentera membabitkan satu memo yang dihantar kepada Pentagon bagi mendapatkan bantuan Amerika Syarikat untukmenghalang rampasan kuasa tentera selepas serbuan komando Amerika Syarikat di Pakistan yang membunuh pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden. – Reuters Berita Harian Online | Dakwaan bermotif politik: Gilani:

'via Blog this'

No comments: